Terdapat sesetengah individu, masih kurang tahu tentang adab ketika membaca al-Quran seperti disarankan agama Islam. Dalam Islam anda disarankan, menutup aurat sepenuhnya ketika membacanya atas dasar adab dengan al-Quran sebagai sebuah kitab agung yang diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia.
Namun, bagaimana pula dengan beberapa situasi individu yang tidak menutup aurat ketika membaca kitab suci ini seperti wanita di rumah yang berlengan pendek? Ikuti penjelasan hukumnya dari Ustaz Azhar Idrus berkenaan adab ketika membaca al-Quran buat wanita yang berlengan pendek.
Baca juga: Ustaz Kongsi Ayat Untuk Diamalkan Sewaktu Masuk Bilik Penginapan, Terutama Bila Rasa Ada ‘Sesuatu’!
ADAB KETIKA MEMBACA AL-QURAN
PEREMPUAN BACA QURAN PAKAI BAJU LENGAN PENDEK
“Bolehkah seorang perempuan ketika berada di rumah membaca Quran dengan hanya memakai baju berlengan pendek dan dapatkah pahala?”
Harus hukumnya membaca Quran dengan memakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan sempurna seperti tidak memakai tudung atau memakai baju lengan pendek bagi perempuan.
Tersebut pada Fatwa Majlis Agama Islam Baitul Maqdis :
لا مانعَ أنْ تقرَأَ المرأةُ القُرْآنَ الْكَرِيمَ ، وهِيَ كاشِفَةٌ رَأْسَهَا، ولكنَّ الأفضلَ أنْ تلْبَسَ اللِّبَاسَ الشَّرْعِيَّ الكَامِلَ مِنْ بابِ الأَدَبِ مَعَ المصْحَفِ
Ertinya: “Tiada halangan seorang perempuan membaca Al-Quran dalam keadaan terbuka kepalanya akan tetapi yang afdhal bahawa perempuan itu memakai pakaian yang sempurna menurut syarak sebagai meraikan adab bersama Al-Quran.”
Dan jika dia menutup aurat dengan sempurna mudah baginya untuk melakukan sujud sajadah ketika sampai pada ayat sajadah ketika membacanya itu.
Baca juga: Senarai Doa Sesuai Dibaca Setiap Tahun Baru & Amalkan Sepanjang Tahun, Lebih Afdhal Jika Hafal!
Baca juga: UAI Jelaskan Status Wanita Musafir Solat Jumaat & Perlu Ke Solat Zuhur Di Rumah?
Berkata Dr Nuh Ali Salman Mufti Jordan:
نعم يجوز؛ لأنه ليس من شروط قراءة القرآن أن تكون المرأة محتجبة، ولكن يستحب لها ذلك كي تكون متهيئة لسجود التلاوة أثناء القراءة
Ertinya: “Ya harus (membaca Quran dalam keadaan tidak menutup aurat) kerana tidak disyaratkan tutup aurat bagi perempuan yang hendak membaca Al-Quran akan tetapi disunatkan baginya tutup aurat supaya dia sentiasa bersedia bagi sujud sajadah di pertengahan bacaannya.”
Kesimpulan
Harus atas perempuan yang berbaju lengan pendek di dalam rumahnya, seperti dalam soalan membaca Quran dan dapat baginya pahala membaca Quran seperti orang lain, tetapi jika dia menutup aurat dengan sempurna adalah lebih afdhal.
Wallahua’lam.
Sumber: Ustaz Azhar Idrus
FT Image: freepik