Makhluk halus itu memang ada di mana-mana, maka wajarlah orang Muslim menjadikan doa meminta perlindungan itu sebagai salah satu amalan yang perlu dihafal di dalam kehidupan seharian.
Biarpun kebanyakan manusia tidak boleh melihat ia, kecuali bagi mereka yang mempunyai ‘penglihatan rohani‘, namun anda masih boleh merasakannya melalui pancaindera lain.
Baca juga: Senarai Doa Sesuai Dibaca Setiap Tahun Baru & Amalkan Sepanjang Tahun, Lebih Afdhal Jika Hafal!
DOA MEMINTA PERLINDUNGAN
Melalui perkongsian Ustaz Elyas Ismail di Instagram, terdapat beberapa adab atau amalan yang boleh dilakukan oleh orang Muslim untuk memohon perlindungan daripada Allah SWT ketika berada di bilik penginapan seperti bilik hotel, homestay atau resort.
“Pernah tak bila anda masuk bilik hotel, ada rasa macam seram atau sesuatu? Jangan bimbang, kita sepatutnya masuk ke bilik penginapan dengan meminta perlindungan daripada Allah SWT.
“Sebabnya bilik penginapan ini bukan selalu ada orang, jadi adalah yang ‘lain’ yang duduknya,” ujarnya di dalam video tersebut.
Baca juga: Cara Buat Solat Istikharah Untuk Dapat Jodoh, Tahun Depan Berbunyilah Kompang Depan Rumah!
Berikut merupakan amalan doa meminta perlindungan yang boleh dilakukan:
- Memberi salam semasa kaki melangkah masuk ke dalam bilik iaitu اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ .
- Anda boleh juga memberi salam dengan lafaz السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ .
- Setelah masuk ke dalam bilik jangan terus duduk di atas katil.
- Baca apa-apa ayat perlindungan daripada Allah SWT seperti أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ ماَ خَلَقْ .
- Dan akhir sekali, boleh baca apa-apa taawudz yang lain.
Semoga kita semua yang pergi bercuti, dilindungi-Nya daripada sebarang gangguan yang tidak diingini.
Baca juga: Risau Muncul Ketulan Di Payudara, Jangan Panik, Pegang Bahagian Bengkak & Baca Doa Ini
Sumber: Instagram ustazelyasismail
FT Image: vttstudio