Ketulan di payudara boleh wujud disebabkan pelbagai faktor, terutamanya individu yang mengalami masalah bengkak susu dek kerana susu ibu yang berlebihan lalu tersumbat. Mengurut sambil mengamalkan doa adalah salah satu cara untuk menghilangkan ketulan pada payudara.
Jadi, tak salah untuk anda mengikhtiarkan doa ini yang juga dapat membantu untuk menghilangkan segala bengkak yang terjadi pada anggota badan seperti bengkak kelenjar, ketumbuhan, bengkak gusi, kaki, mata dan sebagainya.
Baca juga: Kes Jenayah Makin Merisaukan, Amalkan 6 Doa Ini Masa Keluar Sendirian!
KETULAN PADA PAYUDARA
Sebelum mula berdoa, adalah lebih baik anda lakukan beberapa mukadimah seperti di bawah:
- Istighfar sebanyak 3 kali
- Selawat ke atas Nabi sebanyak 10 kali
- Membaca surah Al-Fatihah 1 kali
- Ayat Kursi sekali
Setelah itu, bacalah doa surut bengkak ini sambil memejam mata dan membayangkan Allah SWT mengecutkan bengkak, mematikan akar dan menyembuhkan segala luka.
Baca juga: Turutan Solat & Zikir Seharian Untuk Rezeki Tak Putus, Hidup Lebih Bahagia!
Baca juga: Dah Nampak Tapi Selamba Je Telan Air Ada Semut, Jangan Buat Main Haram Minum!
Ibu harus maklum, biarpun ia bukanlah salah satu penyakit yang perlu mendapatkan rawatan di hospital, tetapi jika dibiarkan ia boleh mendatangkan risiko bahaya kepada ibu.
Juga, bukan semua jenis ketulan yang dialami adalah adalah ketulan kanser payudara. Sesetengah ketulan yang terbentuk akan menghilang dalam masa yang singkat.
Namun sekiranya, ketulan pada payudara masih ada segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan susulan.
Baca juga: Baca Doa Ini Bila Singgah Sekejap Mana-Mana Tempat, Nescaya Selamat!
Sumber: The Asian Parents Malaysia
FT Image: beaumont