Jarang wanita nak buat, namun seandainya tiba-tiba terdetik untuk mengerjakan solat Jumaat ketika bermusafir ini beberapa perkara anda perlu ambil maklum. Perkara ini termasuklah hukum wanita solat Jumaat dan keperluan solat Zuhur di rumah selepas keluar bermusafir.
Mari ikuti perkongsian ilmu solat Jumaat daripada Ustaz Azhar Idrus di bawah.
HUKUM WANITA SOLAT JUMAAT
Orang perempuan solat jumaat
“Dalam perjalanan pulang dari musafir suami singgah solat jumaat di pertengahan jalan dan isterinya ikut masuk ke dalam masjid dan turut mengerjakan solat jumaat. Adakah wajib isteri tersebut lakukan solat zuhur lagi kalau sudah sampai ke rumah?”
Solat Jumaat tidak wajib atas orang perempuan. Namun, jika orang perempuan telah lakukan solat Jumaat maka dia tidak wajib lagi solat Zuhur selepasnya kerana kewajipan solat Zuhur itu telah gugur dengan sebab dia melakukan solat Jumaat.
Baca juga: Nak Rujuk Dalam Tempoh Iddah, Boleh Ke Berlaku Dengan Hanya Syahwat? Ini Kata Mufti!
Berkata Syeikh Abdurrahman Al-Jaziri :
قد عرفت أن الذكورة شرط في وجوب الجمعة، فلا تجب على المرأة ولكن تصح منها إذا صلتها بدل الظهر
Ertinya: “Maka kamu telah mengetahui bahawa disyaratkan lelaki pada wajibnya solat jumaat maka tidak wajib jumaat atas perempuan akan tetapi sah solat jumaat dikerjakan oleh perempuan jika dia lakukan sebagai ganti solat zuhur.” (Kitab Al-Fiqh ala Mazahib Al-Arba’ah)
Dan berkata Imam Al-Imrani As-Syafie :
ومن لا جمعة عليه، كالمرأة والعبد والمسافر، إذا حضروا الجمعة، وصلوها سقط عنهم فرض الظهر
Ertinya: “Dan siapa yang tidak wajib jumaat ke atasnya seperti perempuan dan hamba sahaya dan musafir apabila mereka ini hadir mengerjakan jumaat maka gugurlah daripada mereka kewajipan solat zuhur.” (Kitab Al-Bayan)
Wallahua’lam
Baca juga: Trend ‘GRWM’ Di Media Sosial Makin Melampau, Hijabis Tak Malu Siap Tunjuk Tengah Butang Baju!
Sumber: Ustaz Azhar Idrus
FT Image: Freepik