Nur

Trend ‘GRWM’ Di Media Sosial Makin Melampau, Hijabis Tak Malu Siap Tunjuk Tengah Butang Baju!

2
SHARES
trend terkini

Seiring kemajuan dunia digital, pelbagai trend terkini yang kerap muncul di paparan skrin peranti moden seperti telefon pintar. Sebagaimana, trend terbaharu yang didedahkan kepada pelayar iaitu ‘mari bersiap dengan saya’ (get ready with me – GRWM).

Meskipun pada awalnya, ia dilakukan golongan model sesebuah agensi yang ingin mempromosikan produk seperti pakaian. Namun, sejak kebelakangan ini ramai yang menjadikannya sebagai kandungan (content).

Baca juga: Awas, Suka Samakan Tubuh Isteri Dengan Wanita Lain, Suami Boleh Jatuh ZIHAR & Kena Kafarah!

TREND TERKINI ‘GET READY WITH ME’ (GRWM)

trend terkini

Gambar: TikTok @missaliyatur

Justeru itu, seorang wanita di laman TikTok, @missaliyatur , meluahkan kebimbangan selepas mendapati kebanyakan golongan wanita yang mengikut trend itu adalah mereka yang berhijab.

“Sekarang ini ramai hijabis buat video GRWM, tunjuk cara zip seluar, butangkan baju dan berpakaian.

“Mungkin sebab trend atau sebahagian cara untuk klien…tapi sejujurnya saya rasa cara itu tak sesuai.

“Pemakai hijab sepatutnya memaparkan imej sopan, jadi perkongsian cara berpakaian yang keterlaluan dilihat tak selari,” luahnya yang memberi pandangan.

Bagi wanita ini, terdapat cara yang lebih baik untuk berkongsi tentang fesyen masa kini berbanding GRWM. Ujarnya lagi, setiap individu perlu mengetahui batas dan sempadan adab dalam setiap tindak-tanduk.

“Mungkin ia hanya perspektif konservatif saya, tetapi saya rasa ada cara lain untuk berkongsi fesyen tanpa menunjuk seperti itu,” tambahnya.

Baca juga: Cara Mohon Perceraian Jika Suami Berzina, Bukti Gambar Mungkin ‘Tak Laku’ Di Mahkamah!

Baca juga: Lepas Pasangan Meninggal Dunia, Lelaki Ramai Kahwin Lain Tapi Wanita Jarang, Ustaz Kata Ini Sebabnya!

“Terima kasih kak. Saya dah penat tundukkan pandangan .” – warga maya

Pandangan yang diutarakan itu, secara tidak langsung mendapat perhatian warga maya. Di mana,  kebanyakan mereka bersetuju agar pencipta kandungan lebih peka tentang aurat dan adab susila.

“Terima kasih kak. Saya dah penat tundukkan pandangan ini sampai tak nampak dah saya scroll apa dari tadi asyik tunduk sahaja.

“Suka suka cara sis menegur, dalam santai menegur ada ketegasan di situ.

“Bila tekan tulisan biru GRWM, rata-rata video orang perempuan. Malu pula kita tengok ea. Semoga Allah jauhkan diriku daripada perkara-perkara begitu.

“Ada seorang perempuan plus saiz yang tak pakai tudung, tengah review baju. Allah! Malu sangat kami pun plus saiz.

“Betul! Lagi penjual yang jual baju kurung. Rosak umat Islam kita. Allahuakbar.

“Pakai tudung elok dah, bila buat get ready with me nampak leher pula,” antara komen yang ditinggalkan oleh warga maya di ruangan tersebut.

@missaliyatur

Teguran dari wanita buat wanita #missaliya

♬ original sound – Hajjab__Girl

Baca juga: ‘Trend’ Tunjuk Kekayaan Di Media Sosial Makin Menjadi-Jadi, UAI Kata Harus & Haram Atas Sebab Ini!

Sumber: TikTok @missaliyatur

FT Image: TikTok @missaliyatur

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×