Nur

‘Trend’ Tunjuk Kekayaan Di Media Sosial Makin Menjadi-Jadi, UAI Kata Harus & Haram Atas Sebab Ini!

16
SHARES
menunjuk-nunjuk

Perasan atau tidak, aktiviti menunjuk-nunjuk kekayaan di media sosial sudah menjadi ‘trend’ yang semakin menjadi-jadi dan mendapat perhatian ramai. Di mana, dengan menayangkan kekayaan sahaja boleh menjadi seorang yang pempengaruh sehingga memiliki ribuan pengikut.

Situasi ini secara tidak langsung, menimbulkan rasa kebimbangan kepada sesetengah individu yang beranggapan ia adalah satu ‘penyakit’ seperti hantaran yang dikongsikan Puan Normaliza Mahadi ini.

Baca juga: Hukum Solat Ada Najis Di Bawah Sejadah Atau Di Permukaannya, Kena Tahu Ini Baru Tak Waswas!

MENUNJUK-NUNJUK KEKAYAAN DI MEDIA SOSIAL SUDAH MENJADI ‘TREND’

menunjuk-nunjuk

Gambar: Shutterstock/13_Phunkod

Menunjuk kaya ini telah menjadi satu ‘trend’ dalam masyarakat. Kita tengok sana sini orang “gila” menunjukkan kekayaan yang dia ada.

Tunjuk kereta besar. Tunjuk rumah sebesar istana. Tunjuk barang kemas. Tunjuk barangan mewah berjenama. Tunjuk percutian luar negara dan ramai juga yang siap buat live tunjuk semua sudut dalam rumah.

Dan berebut orang nak tengok kayanya mereka sampai jadi pempengaruh. Jutaan pengikut. Kepada yang gila tunjuk kaya dan gila ikut orang kaya itu, ini adalah sejenis penyakit.

Ada orang ini kaya tapi tak payah beritahu orang dan orang tahu dia kaya. Lepas itu, dia tak ada hutang. Juga dia tak pernah ada keperluan pun nak tunjuk apa-apa kekayaan. Inilah orang kaya sebenar.

Baca juga: Islam Melarang Lakukan ‘Hubungan Kelamin’ Pada Awal, Tengah & Akhir Setiap Bulan? Ini Kata Mufti

Harus menunjukkan kekayaan namun jadi haram apabila…

Sementara itu, menurut penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus, menunjukkan harta benda di media sosial adalah tindakan yang tidak salah. Malah, hukumnya harus asalkan tidak berlebih-lebihan kerana ia boleh mengundang fitnah.

Namun, ia menjadi satu kesalahan apabila seseorang itu mempunyai sifat takabbur ketika mempamerkan hartanya. Jatuhnya hukum haram apabila dia membangga diri dan merendahkan kemampuan orang lain.

“Saya Alhamdulillah boleh beli rumah baru RM180 ribu. Tak salah.

“Tapi memperkecilkan, tengok orang lain tak pandai mengaji macam saya boleh beli rumah? Itulah siapa suruh tidak cerdik…itu tidak boleh” ujarnya yang memberikan contoh situasi di dalam video ceramahnya itu.

Baca juga: Hukum Rambut Diikat Dalam Solat, Lelaki Berambut Panjang Boleh ‘Take Note’ Tau!

Sumber: Normaliza Mahadi / YouTube Ustaz Azhar Idrus Official

FT Image: Google / planoly

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×