Disebabkan tidak perasan, maka solat ditunaikan seperti biasa. Namun, setelah selesai tiba-tiba terlihat najis berada di bawah sejadah yang digunakan. Jadi, apakah hukum solat di atas sejadah yang mempunyai najis di bawahnya atau di atas permukaannya?
Jom ikuti jawapannya di bawah.
Baca juga: Islam Melarang Lakukan ‘Hubungan Kelamin’ Pada Awal, Tengah & Akhir Setiap Bulan? Ini Kata Mufti
HUKUM SOLAT SEJADAH ADA NAJIS DI ATAS ATAU BAWAHNYA
“Selepas selesai solat Asar baru saya tahu ada najis di bawah sejadah. Adakah sah solat yang telah saya kerjakan itu? Bagaimana pula kalau najis ada atas sejadah tetapi tidak bersentuh dengan orang yang solat?”
Menurut penjelasan Ustaz Azhar Idrus, individu yang menunaikan solat di atas sejadah yang mempunyai najis di bawahnya tetapi tidak bersentuhan dengan pakaian atau tubuh, maka solatnya itu sah.
Status solat anda masih sah, sekiranya najis tersebut berada di atas sejadah selagi tidak bersentuhan dengannya ketika duduk dan bangun sewaktu mengerjakan ibadah tersebut.
Baca juga: 6 Mitos Isu Perceraian Yang Sentiasa Jadi Topik Sensasi Masyarakat, Peguam Jelaskan Fakta Sebenar!
Baca juga: Hukum Rambut Diikat Dalam Solat, Lelaki Berambut Panjang Boleh ‘Take Note’ Tau!
“Barangsiapa menunaikan solat di atas sejadah yang diletakkan di atas najis tetapi najis tersebut tidak bersentuh dengan pakaian atau badannya ketika dia menunaikan solat tersebut maka solatnya itu sah.
“Begitu juga jika najis itu berada di atas sejadah tidaklah batal solatnya asalkan tidak bersentuh dengannya ketika dia duduk bangun menunaikan solat itu,” tulis Ustaz Azhar Idrus di sebuah hantarannya baru-baru ini.
Berkata Imam Taqiyuddin Al-Hisni Ad-Dimasyqi:
وَلَو صلى على بِسَاط تَحْتَهُ نَجَاسَة أَو على طرفه نجاسة أو على سَرِير قوائمه على نَجَاسَة لم يضر وَلَو كَانَت نَجَاسَة تحاذي صَدره فِي حَال سُجُوده أَو غَيره فَوَجْهَانِ الْأَصَح لَا تبطل صلَاته لِأَنَّهُ غير حَامِل للنَّجَاسَة وَلَا مصل عَلَيْهَا
Ertinya: “Dan kalau seorang itu solat atas tikar yang di bawahnya ada najis atau ada najis di hujung tikar itu atau ada najis pada bahagian tepinya atau dia solat di atas katil yang kakinya diletakkan atas najis maka solatnya tidak batal. Dan jika najis berada berbetulan dengan dadanya pada ketika dia sujud atau lainnya maka ada dua pendapat yaitu pendapat yang paling sahih tidak batal solatnya kerana sungguhnya dia tidak menanggung bagi najis itu dan tidak solat di atas najis.” (Kitab Kifayah Al-Akhyar)
Wallahua’lam.
Baca juga: Individu Curiga Status Sah Solat Sebab Sering Baca Al-Fatihah 2 Kali Dalam 1 Rakaat, UAI Jelaskan!
Sumber: Ustaz Azhar Idrus
FT Image: RumahkuSyurgaku1 / ustazustazah