Nur

Hukum Rambut Diikat Dalam Solat, Lelaki Berambut Panjang Boleh ‘Take Note’ Tau!

24
SHARES
mengikat rambut

Ada sesetengah orang lelaki, gemar mengikat rambut sebelum mengerjakan ibadah solat. Hal ini kerana, agar rambut panjang tersebut tidak mengganggu ibadahnya.

Namun, pernahkah terdetik di fikiran anda akan hukum mengikat rambut dalam solat? Apakah hukum ini juga termasuk untuk kaum wanita yang mempunyai rambut panjang? Di bawah ada jawapannya seperti dikongsikan Ustaz Azhar Idrus.

Baca juga: Sah Ke Bersuci Guna Air Yang Berubah (Mutaghayyir)? Ini Penjelasannya!

MENGIKAT RAMBUT & PAKAIAN DALAM SOLAT

mengikat rambut

Gambar hiasan

“Saya hendak tahu apakah hukumnya solat dalam keadaan rambut terikat kerana ada yang mengatakan makruh ikat rambut ketika solat? Adakah masalah ini melibatkan lelaki sahaja atau termasuk wanita?”

Melalui penjelasan Ustaz Azhar Idrus, bermula setengah daripada yang disunatkan ketika solat ialah seorang itu tidak mengikat akan rambutnya.

Telah berkata Ibnu Abbas r.a.:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُمِرَ أَنْ يَسْجُدَ عَلَى سَبْعٍ وَنُهِيَ أَنْ يَكُفَّ شَعْرَهُ وَثِيَابَهُ

Ertinya: “Bahawasanya Nabi sollallahu alaihi wasallam telah diperintahkan supaya sujud atas tujuh anggota dan dilarang dari menahan akan rambutnya dan pakaiannya.”

Dan pada satu lagi riwayat:

وَنُهِيَ أَنْ يَكْفِتَ مِنْهُ الشَّعَرَ وَالثِّيَابَ

Ertinya: “Dan dilarang daripada menahan daripadanya akan rambut dan pakaian.”

Bermula yang dimaksud dengan menahan rambut ialah seperti mengikatnya. Sementara itu, yang dimaksudkan dengan menahan pakaian itu ialah seperti melipat lengan baju yang selalu dilakukan sebelum mengambil wuduk.

Maka hendaklah apabila selesai mengambil wuduk dilepaskan kembali lengan baju yang dilipat itu.

Baca juga: Individu Curiga Status Sah Solat Sebab Sering Baca Al-Fatihah 2 Kali Dalam 1 Rakaat, UAI Jelaskan!

Baca juga: 6 Tips Buat Anda Yang Ingin Buat UMRAH TRANSIT, Ikut Plan Ini Elak Tertinggal ‘Flight’ Seterusnya!

Apakah sah solat rambut diikat dan lengan baju disinsing?

Jika seorang itu solat ia dalam keadaan rambutnya terikat atau lengan bajunya disinsing, maka solatnya itu tetap sah. Namun, dia telah melakukan perbuatan yang makruh kerana berlawanan dengan perintah Nabi S.A.W yang melarang menahannya.

Berkata Imam Nawawi:

اتَّفَقَ الْعُلَمَاءُ عَلَى النَّهْيِ عَنِ الصَّلَاةِ وَثَوْبُهُ مُشَمَّرٌ أَوْ كُمُّهُ أَوْ نَحْوُهُ أَوْ رَأْسُهُ مَعْقُوصٌ أَوْ مَرْدُودٌ شَعْرُهُ تَحْتَ عِمَامَتِهِ أَوْ نَحْوُ ذَلِكَ فَكُلُّ هَذَا مَنْهِيٌّ عَنْهُ بِاتِّفَاقِ الْعُلَمَاءِ وَهُوَ كَرَاهَةُ تَنْزِيهٍ فَلَوْ صَلَّى كَذَلِكَ فَقَدْ أَسَاءَ وَصَحَّتْ صَلَاتُهُ

Ertinya: “Telah sepakat oleh ulamak atas larangan dari solat dengan pakaian bergulung atau lengan bajunya atau seumpamanya atau rambut kepalanya terikat atau disimpan rambutnya di dalam serbannya atau seumpama demikian itu.

“Maka sekeliannya dilarang dengan sepakat ulamak dan ialah larangan makruh. Jikalau seseorang itu solat dalam keadaan demikian itu, maka sungguh dia telah berbuat satu kekurangan dan sah solatnya.” (Kitab Syarah Sahih Muslim)

Baca juga: Cara Buat Solat Istikharah Untuk Dapat Jodoh, Tahun Depan Berbunyilah Kompang Depan Rumah!

Bagaimanakah dengan wanita yang mengikat rambut ketika solat?

Melalui portal Maktabah al-Bakri, dinyatakan dalam Nail al-Autar bahawa hukum larangan mengikat rambut ketika solat adalah khusus bagi lelaki, tidak bagi wanita. Hal ini kerana rambut para wanita adalah aurat, wajib ditutup di dalam solat.

Apabila mereka melepaskan ikatan rambut, boleh jadi rambutnya terurai dan sukar untuk menutupnya sehingga membatalkan solat. Begitu juga, ia akan menyulitkannya apabila perlu melepaskan rambut ketika hendak solat.

Baca juga: 5 Panduan Cerai ‘Fast Track’, Kes Boleh Selesai Dalam Masa 1 Hari Je! Mudahnya Urusan~

Sumber: Ustaz Azhar Idrus / Maktabah al-Bakri

FT Image: Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×