Air Mutaghayyir ialah air mutlak yang telah berubah kerana faktor bercampur sesuatu seperti air mawar dan sabun. Di mana, ia tidak dapat menyucikan najis seperti dinyatakan Hasyiah Syeikh Ibrahim al-Baijuri, 1/61, “air Mustaqmal dan Mutaghayyir merupakan air yang suci tetapi tidak dapat menyucikan.”
Namun, air Mutaghayyir terbahagi kepada beberapa bahagian. Adakah, ia masih boleh digunakan untuk bersuci? Nak tahu lebih lanjut, ikuti penjelasan dari perkongsian saudara Muhammad Isfarizal Roslan di bawah.
Baca juga: 6 Mitos Isu Perceraian Yang Sentiasa Jadi Topik Sensasi Masyarakat, Peguam Jelaskan Fakta Sebenar!
AIR MUTAGHAYYIR
Air Mutaghayyir/Muqayyad (berubah)
Air yang telah berubah salah satu sifatnya iaitu rasa, warna dan bau. Air ini disebut dengan air Mutaghayyir.
Berdasarkan sebabnya, air muthaghayyir dibahagi menjadi tiga, iaitu:
- Mutaghayyir bi al-mukhalith – Air yang berubah sifat-sifatnya sebab bercampur dengan benda suci lainnya hingga mempengaruhi terhadap nama dan statusnya. Misalnya, air kopi, teh, sirap, susu dan lain-lain.
- Mutaghayyir bi al-mujawir – Air yang berubah sifat-sifatnya sebab terpengaruh benda lain yang ada disekitarnya. Contohnya, adalah air yang berdekatan dengan bunga mawar sehingga tercium aroma mawar pada air tersebut.
- Mutaghayyir bi ath-thuli al-muktsi – Air yang berubah sifat-sifatnya sebab terlalu lama diam seperti air kolam yang tidak pernah digunakan oleh seseorang sehingga berubah sifatnya.
Baca juga: Individu Curiga Status Sah Solat Sebab Sering Baca Al-Fatihah 2 Kali Dalam 1 Rakaat, UAI Jelaskan!
Baca juga: 6 Tips Buat Anda Yang Ingin Buat UMRAH TRANSIT, Ikut Plan Ini Elak Tertinggal ‘Flight’ Seterusnya!
MUKHALITH & MUJAWIR
Mukhalith
- Sesuatu yang mencampuri atau terlarut dalam air (sebati) susah untuk dipisah atau dibezakan mana air mana zat yang mencampurinya.
- Contoh: garam, gula pasir, pewarna dan susu
Mujawir
- Sesuatu yang mencampuri air namun tidak melarut atau menyatu.
- Contoh: batu, tanah, kayu, minyak dan lumut
Keadaan sah dan tidak sah bersuci guna air Mukhalith dan Mujawir
Jika mukhalith dan mujawir nya najis, maka air sedikit (kurang dari dua kolah) menjadi mutanajis. Sedang air banyak (dua kolah atau lebih) juga mutanajis jika mengalami perubahan warna, bau atau rasanya. Jadi, tidak sah untuk bersuci.
Jika mukhalith dan mujawir itu suci, maka air menjadi suci tapi tak mensucikan jika hilang kemutlakan air tersebut. Contoh setelah kecampuran air tersebut menjadi air kopi, air teh atau air sabun. Berbeza misalnya, air tercampur kopi tapi airnya tak sampai dinamai air kopi, maka tetap boleh digunakan untuk bersuci.
Mukhalith dan mujawir semula jadi seperti tanah, lumut, pasir dan daun yang sukar dihindari hingga boleh merubah air, maka tidak mengapa.
Kitab Safinatun Najah karangan Syeikh Salim Sumair al Hadrami asy Syafi’i,
Fasal Pembahagian Air.
Nota penulis: Sekiranya anda masih keliru, berjumpalsh dengan guru-guru agama yang bertauliah untuk mendapatkan penjelasan yang sebaik-baiknya.
Baca juga: Cara Buat Solat Istikharah Untuk Dapat Jodoh, Tahun Depan Berbunyilah Kompang Depan Rumah!
Sumber: Muhammad Isfarizal Roslan
FT Image: abdullahmutazahhid