Sering sahaja pesanan mengenai jaga pandangan diberikan kepada lelaki, namun harus diingatkan bahawasanya wanita juga mempunyai nafsu. Jadi pesanan buat wanita Muslimah, jagalah pandangan mata baik melihat di dunia nyata mahupun di alam digital.
Lagi-lagi dengan komen-komen terbuka berbaur gedik dan bernafsu yang ditinggalkan di media sosial orang lelaki.
Baca juga: Individu Kena ‘Basuh’ Lepas Komen, “Taat Kepada Suami Itu MUTLAK Biarpun Dia Jahat Sekalipun!”
PESANAN BUAT WANITA MUSLIMAH

Gambar: Imanimex
Seperti pesanan dan peringatan dibuat oleh sebuah page yang menyebarkan dakwah melalui lukisan di laman Facebook, Imanimex, kepada kaum wanita yang kini mempunyai 1.7 ribu perkongsian.
Katanya, darjat seorang wanita itu tinggi kerana sifat malu yang ada di dalam diri. Jadi, janganlah anda menghakis malu itu dengan tidak menjaga mata dan jari.
“Biasa kita pesan kepada lelaki sahaja tentang jaga pandangan, tetapi yang perempuan pun lupa untuk jaga pandangan.
Biasa kita tengok lelaki sahaja suka komen tempat perempuan, tetapi yang perempuan pun selalu juga komen tempat lelaki. Siap puji kemain lagi.
Jadi, sama-samalah kita menjaga pandangan mata. Lelaki ke perempuan ke, sama-sama jaga kerana kita manusia. Manusia yang ada hawa nafsu semuanya.” ujarnya.
Baca juga: Stylist Lelaki Pakaikan Hijab, Wanita Ini Tegur “JANGAN Biarkan Ia Jadi Perkara Normal”!
Jaga mata dan jari apabila menggunakan media sosial
Seperti rajah contoh di bawah ini, sebagaimana perilaku kaum perempuan di media sosial apabila melihat susuk lelaki yang memikat.

Gambar: Imanimex
Sementara itu, page tersebut turut meninggalkan coretan ulasan kepada wanita di luar sana agar sama-sama dapat mengenal erti malu melalui mata dan jari.
“Saya rasa malu bila baca komen sesetengah kaum hawa di media sosial kaum adam. Kebanyakannya berbaur gedik dan bernafsu.
“Kita selalu berpesan kepada lelaki untuk menjaga pandangan mata, tetapi lupa wanita juga perlu menjaga mata lebih-lebih lagi apabila anda sudah mula tertarik kepada rupa dan fizikal seorang lelaki.
“Wanita itu tinggi darjatnya kerana malu dalam diri. Janganlah kita menghakis malu kita dengan tidak menjaga mata dan jari,” tulisnya.
Sabda Rasulullah SAW:
الإِيمَانُ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً، وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الإِيمَانِ
Maksudnya:“Iman itu lebih dari enam puluh cabang dan malu itu satu cabang dari iman.”Riwayat al-Bukhari (9)
Baca juga: Ibu Baru Bersalin Terkejut Disuruh Mandi Wiladah Jam 4 Pagi, Mufti Jelaskan Bila Waktu Mandi Wajib
Sumber: Imanimex
FT Image: socialinsider / yougov
