Nur

Ini 14 Senarai Azam Boleh Dilakukan Untuk Menjadi Muslimah Berhemah Menjelang 2023

19
SHARES

Tidak lama lagi, tahun 2023 bakal menjelang. Sudah pastinya, ramai dalam kalangan wanita kini, mempunyai pelbagai matlamat yang ingin dicapai dan perubahan yang ingin dilakukan berbanding tahun sebelumnya.

Ini termasuklah ingin menjadi seorang muslimah berhemah yang merangkumi amalan rohani dan jasmani. Mungkin senarai di bawah ini, dapat membantu para muslimah di luar sana untuk melatih diri menjadi lebih baik seperti dikongsikan oleh Puan Siti Suryani Yaakop. Jom lihat senarai di bawah!

Baca juga: “Tempat Saya Banjir, Boleh Ke Nak Jamak Solat?”- Ustazah Asma’ Harun Beri Jawapan

MARI JADI LEBIH BAIK BERBANDING TAHUN SEBELUMNYA!

Menjadi muslimah berhemah.

1. BANGUN AWAL PAGI & MANDI

Mandi sebelum Subuh ni ubat awet muda mak saya kata. Tapi betul la tu. Mak saya nampak muda bertenaga.

2. SOLAT SUNAT TAHAJUD

Solat tahajud adalah senjata. Apa yang dimohon masa tahajud sama macam anak panah. Tepat ke sasaran.

3. LEPAS SUBUH BACA YASSIN

Yassin adalah hati bagi Al-Quran. Banyak kebaikan baca Al-Quran terutama Yassin di awal pagi.

4. SEDEKAH SUBUH

Sekadar gambar hiasan. Google.com

Kawan saya ajar. Letaklah singgit pun tak apa. Nanti hari Jumaat masuk tabung masjid. Berganda pahala.

5. BACA AL-MATHURAT KETIKA MELAKUKAN RUTIN HARIAN

Baca Al-Mathurat sambil memandu bagi yang bekerja. Sambil buat kerja rumah bagi yang bekerja di rumah. Surah Al Mathurat bila dibaca pagi petang, Insha Allah mampu lindung diri dan hati.

6. TELEFON IBU AYAH

Sekarang canggih. Guna video call lagi baik. Tengok muka mak ayah. Minta berkat dan doa sebelum mula kerja.

7. SOLAT DHUHA

2 rakaat pun jadi. Sebagai membayar hutang zikir anggota kita sehari-hari. Lagi banyak lagilah bagus.

8. AMALKAN SOLAT RAWATIB

Sekadar gambar hiasan. Google.com

Paling hebat sebelum Subuh. Umpama dapat dunia dan seisinya. Lepas tu sebelum dan sesudah Zohor. Kemudian tambah sikit-sikit sampai cukup 10 minimum sehari. Lagi banyak buat lagi bagus.

Al Fatihah itu doa. Jangan lupa qada’ solat wajib masa lalu yang tertinggal.

9. SENAMAN RINGKAS

Berjalan pun cukup. Janji 30 minit sehari. Senaman yang sesuai dan kita suka. Senaman menguatkan tubuh dan jiwa.

10. KURANGKAN MAKAN

Biar badan ringan untuk bergerak. Beribadat. Nabi kata perut ni punca penyakit. Betul kan?

11. DENGAR TAZKIRAH

Dengar paling kurang satu tazkirah sehari. Manusia ni hatinya berbolak balik. Dan kena selalu diingatkan. Carilah cara ingatkan diri sendiri dengan cara yang kita suka.

12. TAMBAH 1 ILMU 1 HARI

Sekadar gambar hiasan. Google.com

Ilmu dunia boleh. Ilmu akhirat baik. Supaya kita sibuk dengan upgrade diri. Orang yang sibuk upgrade diri tak sempat nak lihat benda lain yang downgrading.

13. SESIBUK MANA JANGAN LUPA BACA 3 SURAH INI DARI AL-QURAN

Ustaz saya pesan, sibuk kot mana pun pagi baca Yassin, maghrib Waqiah dan nak tidur Al Mulk. 

Ini kalau kita dah busy tak sempat sangat nak baca Quran. At least baca lah tiga ni. Kita cari Quran dekat sini. Quran cari kita dekat sana.

14. AMALAN SEBELUM TIDUR

Baca 3 Qul macam Nabi ajar.  Baca doa. Dan maafkan semua orang sebelum tidur.

Aamiin.

Sumber: Facebook Siti Suryani Yaakop

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×