Didik

Stylist Lelaki Pakaikan Hijab, Wanita Ini Tegur “JANGAN Biarkan Ia Jadi Perkara Normal”!

2
SHARES
stylist lelaki

Tugas penata hijab atau stylist hijab begitu penting kepada kaum wanita yang ingin kelihatan kemas dan cantik memakai tudung, lagi-lagi pada hari pentingnya. Namun kebelakangan ini, ia mula menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat oleh kerana individu yang diupah untuk memakai hijab adalah stylist lelaki.

Meskipun stylist lelaki memakai sarung tangan, namun sudah pasti kedudukan antara lelaki dan wanita bukan mahram akan saling berdekatan. Di tambah pula, apabila ingin membetulkan tindanan tudung di kawasan dada wanita.

Baca juga: Ibu Baru Bersalin Terkejut Disuruh Mandi Wiladah Jam 4 Pagi, Mufti Jelaskan Bila Waktu Mandi Wajib

STYLIST LELAKI PAKAIKAN HIJAB

stylist lelaki

Gambar AI: Hajar Radzi

Lantaran itu, teguran yang ditulis Hajar Radzi di hantarannya mengenai tidak menormalisasikan stylist hijab lelaki ini telah mendapat perhatian ramai yang kini sudah mencecah 3.4 ribu perkongsian.

Benda yang tak normal tapi dah dinormalkan masa kini adalah upah lelaki untuk stylist hijab.

Walaupun bersarung tangan sekalipun, tapi tiada jarak antara lelaki dan perempuan. Sudah tentulah kena rapat sikit, nanti tak memasal pin cucuk kepala.

Kau tengok gambar AI ini pun terasa meremang kan. Mana tukang stylist itu nak setting flowy flowy dekat dada itu. Nak susun-susun tindanan kain tudung bagi sempurna lagi.

Ish. Cukuplah. Benda ini tak normal.

Dah banyak tengok video pengantin, artis dan ramai lagi yang upah lelaki untuk gayakan tudung. Cukup ya. Cukup.

Lawa macam mana pun mereka menggayakan tudung itu, tolonglah jangan redha perbuatan itu. Janganlah buat. Serah sahaja pada orang perempuan.

Baca juga: Hukum Lelaki Pakai Inai Di Jari, Tanpa Sedar Ramai Yang Dah Buat!

Sudah banyak rekaan seperti ‘drape’ tudung untuk permudahkan wanita agar nampak cantik

Tambah Puan Hajar Radzi di ruangan komen, wanita yang ingin mempunyai drape tudung tidak perlu lagi khuatir jika tidak mahu digayakan oleh lelaki kerana anda boleh membelinya dalam bentuk instant menerusi membeli-belah secara dalam talian.

“Nak drape tudung tu sekarang ini dah ada jenis instant dekat Shopee. Kalau match dengan warna tudung senang grab sahaja. Lepas habis kenduri boleh buat sewa instant drape ini. Jangan sebab nak lawa di hari perkahwinan sampai ketepikan hukum hakam. Bagus yang cipta instant drape ini. Pergilah sokong,” ujarnya.

Baca juga: Si Dia Putuskan Tunang, Batal Kahwin Tanpa Sebab Munasabah? Failkan Tuntutan Ganti Rugi!

Baca juga: Nota Bakal Pengantin: 9 Barang Ini Wajib Ada Sebelum Pergi ‘Photoshoot’ Luar!

“Benda nak cantik sekejap sahaja, tapi hukum berjalan sepanjang hidup” – warga maya

Menjengah di ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya. Di mana, kebanyakan dari mereka yang sependapat dengan penulisan Hajar Radzi.

“Allahuakhbar. Benda nak cantik sekejap sahaja. Tapi hukum itu tetap berjalan sepanjang hidup kita. Semoga ada keberkatan.

“Lama dah perasan ini, sedihkan. Bila jadi dekat orang agama ramai bersuara. Moga dapat betulkan semula benda-benda macam ini. Jangan dinormalisasikan.

“Saya pakai sendiri je tudung, lepas itu bagi adik-beradik adjust sikit-sikit. Macam manalah boleh selesa lelaki stranger pakaikan tudung.

“Seganlah lelaki lain yang siapkan kita. Lelaki lembut ke apa ke, dia tetap lelaki. Nak nak hari bahagia kita, dengan bakal suami pun kita rasa malu sangat dah.” reaksi yang diberikan warga maya.

Masih ada MUA/jurugaya/penata hijab yang menjaga batas

Walau bagaimanapun, masih ada dalam kalangan jurugaya, penata hijab atau jurusolek pengantin yang menjaga batas antara lelaki dan perempuan.

“Saya MUA dan juga style kan tudung pengantin. Kadang-kadang ada juga pengantin perempuan minta saya style kan suami mereka. Tapi tidaklah saya nak buat, meremang.

“Macam MUA saya masa kahwin dulu. Dia dah beritahu awal, untuk lelaki suami dia yang akan buat. Alhamdulillah, dpt MUA yang tahu hukum,” antara komen-komen yang ditinggalkan.

Baca juga: Nak Borang Kahwin Cepat Diproses? Ini Tips Isi Borang SPPIM, Semoga Lancar Urusan Nikah!

Sumber: Hajar Radzi

FT Image: sekadar gambar hiasan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×