Nur

Cara Mohon Perceraian Jika Suami Berzina, Bukti Gambar Mungkin ‘Tak Laku’ Di Mahkamah!

22
SHARES
cara mohon cerai

Seseorang itu dilabelkan berzina apabila dirinya berjimak dengan individu lain tanpa dihalalkan melalui ikatan perkahwinan cara Islam. Zina boleh berlaku bukan sahaja dalam kalangan bujang tapi individu yang berkahwin juga. Jadi, bagaimanakah cara mohon cerai seandainya anda mengetahui sang suami terpalit dalam hubungan zina?

Menerusi satu perkongsian seorang peguam di laman TikTok @hananjasmin , beliau telah berkongsi kisah tentang seorang klien yang mahu memfailkan penceraian kerana mendakwa suaminya berlaku curang dengan pembantu peribadi sendiri sehingga terlanjur.

Baca juga: Islam Melarang Lakukan ‘Hubungan Kelamin’ Pada Awal, Tengah & Akhir Setiap Bulan? Ini Kata Mufti

CARA MOHON CERAI BILA TANGKAP SUAMI BERZINA

cara mohon cerai

Gambar: Ilustrasi/Istimewa

Malah, kliennya juga mempunyai bukti bergambar yang menunjukkan suaminya melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Namun menurut peguam syarie tersebut, gambar sahaja tidak boleh dijadikan bukti untuk seseorang menuduh pasangannya berzina.

“Itu bukan bukti menunjukkan suami puan berzina. Untuk menuduh suami berzina, seseorang isteri perlu membawa empat orang saksi lelaki yang melihat perlakuan zina tersebut.

“Jika seseorang isteri itu tidak membawa saksi atas tuduhan tersebut, wanita itu boleh dikenakan hukuman qazaf,” jelasnya.

Sebagai maklumat tambahan, qazaf bermaksud menuduh seseorang berzina tanpa mendatangkan empat saksi lelaki yang adil.

Baca juga: 6 Mitos Isu Perceraian Yang Sentiasa Jadi Topik Sensasi Masyarakat, Peguam Jelaskan Fakta Sebenar!

Tindakan undang-undang boleh diambil oleh isteri terhadap suami curang

Bagaimanapun, kemudiannya beliau menerangkan tindakan undang-undang yang betul dan boleh diambil oleh seseorang isteri sekiranya tetap mahu bercerai dengan suaminya yang didakwa berlaku curang.

  1. Isteri boleh membuat permohonan fasakh atas alasan suaminya berkawan atau menjalinkan hubungan dengan wanita lain yang tidak berkelakuan baik mengikut hukum syarak.
  2. Bawa gambar suami dengan pasangannya untuk dijadikan bukti dalam permohonan fasakh.

Kesimpulannya, seseorang isteri yang ingin menuntut cerai sebaik-baiknya perlu merujuk peguam syarie untuk mendapatkan pandangan atau nasihat sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Baca juga: Banyakkan REDHA Dalam Perkahwinan, Tak Semua Perkara Berlaku Ikut Kehendak & ‘KPI’ Diinginkan!

Sumber: TikTok @hananjasmin

FT Image: GettyImages/iStockphoto

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×