Didik

“Orang Bujang Jangan Biasa Bawa Bukan Mahram”- Tak Manis Di Mata & Cemar Keberkatan Majlis Perkahwinan!

2
SHARES
majlis perkahwinan

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, seorang individu menegur sikap orang bujang di kala ini yang membiasakan amalan membawa pasangan bukan mahram ke majlis perkahwinan.

Di mana kebiasaannya, majlis perkahwinan akan dihadiri bersama ahli keluarga atau pasangan yang sah.garis

Baca juga: Pemuda Kongsi Pencapaian Lepas Dapat Sarung Jubah Hitam ‘Rare’ UiTM, Hanya 20 Individu Sahaja Terpilih! 

MAJLIS PERKAHWINAN BAWA BUKAN MAHRAM

majlis perkahwinan

Peringatan penting ini untuk menjaga adab dan nilai-nilai agama

Individu yang menggunakan nama akaun @bidadariabe berkata, majlis yang penuh keberkatan itu sepatutnya dihadiri dengan cara yang baik.

“Tolong semua, jangan biasakan bawa teman lelaki atau teman wanita atau tunang, atau dalam bahasa mudahnya, seseorang yang bukan mahram untuk teman anda bagi memenuhi undangan majlis perkahwinan.

“Majlis yang baik, dijemput dengan cara  yang baik, maka datanglah majlis itu dengan cara yang baik. Peringatan ini sangat penting, terutama dalam konteks menjaga adab dan nilai-nilai agama.

“Majlis perkahwinan adalah acara yang penuh berkat dan kehadiran kita sepatutnya membawa keberkatan, bukan sebaliknya,” ulas individu tersebut.

Boleh timbul fitnah bawa bukan mahram

Malah ujarnya lagi, perbuatan membawa pasangan kekasih ke majlis perkahwinan juga boleh menimbulkan fitnah.

“Jika seseorang belum mempunyai hubungan yang sah dengan pasangannya, membawa mereka ke majlis perkahwinan boleh mengundang fitnah atau salah faham, terutamanya dalam suasana yang formal dan berkait rapat dengan agama atau adat.

“Oleh itu, menghormati majlis dan tuan rumah dengan hadir secara sopan dan mengikut syariat adalah tanda kita menjaga maruah diri dan orang lain,” tulis individu itu lagi.

Baca juga: Patutlah Susah Dapat Kerja, Rupanya Ramai Buat Tanda ‘Redflag’ Ini Masa Mohon Kerja, Confirm Kena Reject!

Pendapat warga maya yang setuju dan sebaliknya

Meninjau di ruangan komen, ada warga maya yang menyokong kenyataan tersebut dan ada juga segelintir mereka yang dilihat kurang bersetuju.

“Setuju, ramai tak jaga ikhtilat termasuk saya dulu. Terima kasih atas peringatan.

“Ibu bapa dia (pengantin) yang suruh kami bawa pasangan sebab mereka nak jumpa. Jadi, perlu ke saya tolak undangan itu?

“Yang menjemput kata jemput sekali si dia (kekasih), dah dia yang suruh jemput sekali, kita bawa sahajalah.

“Biasanya orang bawa kekasih sebab nak aura perkahwinan itu sampai,” tulis warga maya.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah meraih hampir 200,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Baca juga: BIADAP Pergi Rumah Orang Tinggalkan Lampin Bernajis Anak, Wanita Ini Titip Pesanan Buat Parents Lain!

Apa kata mufti?

Sementara itu, menurut laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, asas pergaulan yang melibatkan percampuran antara lelaki dan wanita hanya dibenarkan pada urusan darurat dan urusan keperluan bagi muamalat seharian sesama manusia.

Hal itu dibenarkan, selagi tidak menimbulkan sebarang fitnah di samping menjaga batas-batas pergaulan serta garis panduan yang telah ditetapkan syariat dan memelihara nilai-nilai adab.

Boleh lihat garis panduan Islam berkaitan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram di laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan.

Baca juga: [VIDEO] Bawa ‘Hanger’ & Getah Paip Ingatkan Rakan Solat, Gelagat Pelajar Lelaki Ini Tarik Perhatian!

Sumber: TikTok @bidadariabe / Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image: Nadzirah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×