Didik

Ramai Wanita Kini Selesa Hidup Sendirian Bukan Sebab Tak Laku, Tapi Kajian Temui Jawapan Menarik!

14
SHARES
kehidupan

Kehidupan tanpa pasangan boleh dikatakan semakin menjadi trend masyarakat kini. Ia termasuklah menjadi pilihan wanita bujang atau solo yang terutamanya berjaya dalam membina empayar gemilang dalam hidupnya.

Hidup berpasangan sudah tidak menjadi satu kewajiban buat individu-individu ini. Jadi, mengapa sosok wanita solo ini tidak mahu mencari pasangan?

Baca juga: Jodoh Tak Panjang, Ini 8 Pasangan Selebriti Bercerai Di Tahun 2024, Tapi Ada Yang Kasih Bertaut Kembali?

KEHIDUPAN WANITA BUJANG YANG PILIH HIDUP SENDIRIAN

kehidupan

Melalui perkongsian Public Health Malaysia, satu kajian terbaru mendapati kehidupan wanita bujang jauh lebih puas berbanding kaum lelaki yang berstatus sama.

Ia disebabkan oleh pelbagai faktor seperti dijelaskan di bawah oleh PHM

Baca juga: “Sebelum Tambah Anak, Tambah Bilik Dulu” Jangan Aniaya Zuriat Kalau Hak Ini Tak Mampu Disediakan!

Banyak kali mendengar soalan, “kenapa tak nak cari pasangan?”

Tapi hakikatnya ramai wanita kini lebih selesa hidup tanpa kehadiran ‘dia’ dalam hidup mereka.

Menariknya, kajian terbaru dari Universiti Toronto yang melibatkan hampir 6,000 individu mendapati bahawa wanita bujang melaporkan lebih kepuasan dalam hidup mereka berbanding lelaki bujang.

Di mana, mereka rasa lebih tenang, kurang tekanan untuk mencari pasangan dan menikmati kebebasan hidup tanpa komitmen yang berat.

Baca juga: Suri Rumah Kini Ramai Graduan Universiti & Serba-Serbi Pandai, Sinki Rosak Baiki Sendiri Je!

Kenapa agaknya?

Salah satu sebabnya, wanita sering mempunyai rangkaian sokongan sosial yang kuat daripada keluarga dan rakan-rakan. Sokongan ini memberi mereka kebahagiaan dan kesejahteraan emosi yang mencukupi, tanpa perlu bergantung kepada hubungan romantik.

Tambahan pula, tanpa bebanan tambahan dalam hubungan, ramai wanita merasakan hidup mereka lebih ringan dan bebas.

Malah, apabila wanita semakin berdikari dari segi kewangan, keinginan untuk mencari pasangan hanya kerana kestabilan ekonomi semakin berkurang. Mereka kini mempunyai pilihan untuk hidup sendiri dan fokus pada impian mereka.

Kesimpulan

Pilihan untuk hidup tanpa pasangan bukanlah tanda kekurangan, tapi satu tanda kekuatan untuk memilih kebahagiaan dengan cara mereka sendiri.

Jadi, buat semua wanita yang memilih untuk hidup sendiri, ketahuilah bahawa ini adalah pilihan yang sah dan berharga. Hidup adalah untuk dinikmati dan bahagia itu datang dalam pelbagai bentuk, sama ada dengan atau tanpa pasangan!

Baca juga: Sebab Wanita Bujang Cepat Jatuh Cinta Dengan Suami Orang, 4 Faktor Ini Lelaki Bujang TIADA!

Sumber: Public Health Malaysia

FT Image: AI Generated

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×