Nur

Hukum Baca Al-Quran Tanpa Tutup Aurat & Tak Pakai Tudung, Tak Sangka Ini Jawapannya!

2
SHARES

Baca al-Quran tanpa pakai tudung atau tidak menutup aurat sering kali menjadi tanda tanya orang ramai. Hukum mengenai tindakan ini ada dijelaskan di laman rasmi milik Mufti Wilayah Persekutuan untuk bacaan anda.

Jelasnya, tidak terdapat mana-mana ayat al-Quran atau hadis yang menyatakan seseorang itu perlu menutup aurat atau memakai tudung ketika baca al-Quran.

Baca juga: Patung Labubu Semakin ‘Hot’, Rupanya Ini Asal Usul Sebenar. Memang Rugi Kalau Beli!

HUKUM BACA AL-QURAN TANPA PAKAI TUDUNG

BACA AL-QURAN

Namun, para ulama seperti Dr. Nuh ‘Ali Salman, ahli Lajnah Darul Iftaa’ Mesir menegaskan bahawa baca al-Quran dengan memakai tudung dan menutup aurat adalah antara adab yang boleh dilakukan.

Bacaan al-Qur’an dalam keadaan dan cara yang paling baik merupakan salah satu cara kita mengagungkan syiar Allah SWT, dan itu merupakan bukti ketakwaan kita kepada-Nya.

Al-Hakim Al-Tirmidzi menyebut dalam kitab Nawadir al-Usul, bahawa antara cara kita menghormati dan mengagungkan al-Qur’an adalah dengan cara berpakaian seperti mana anda ingi bertemu seorang raja untuk meminta sesuatu permintaan.

Beliau menyebut lagi:

وكان أبو العالية إذا قرأ اعتم ولبس وارتدى واستقبل القبلة

Maksudnya: “Diceritakan bahawa Abul ‘Aliyah sewaktu ingin membaca al-Quran, beliau akan mengenakan serban dan pakaian yang indah dan akan menghadap kiblat.”

Kesimpulannya, baca al-Quran tanpa pakai tudung dan tidak menutup aurat adalah diharus namun atas sebab adab terhadap kitab suci al-Quran, maka seharusnya kita membacanya dalam keadaan menutup aurat secara sempurna sebagaimana yang ditegaskan dan diamalkan oleh para ulama.

Fatwa Syeikh Dr Ali Jumu’ah ada menyebut:

ويجوز للسيدة أن تقرأ القرآن دون حجاب، ولا شيء عليها في ذلك

Maksudnya: “Dan harus bagi perempuan bahawa dia membaca al-Quran dalam keadaan tidak berhijab dan tiada suatu (kesalahan) atas perempuan itu pada yang demikian itu.”

Semoga artikel perkongsian ini dapat memberi jawapan kepada pembaca di luar sana mengenai hukum baca al-Quran tanpa pakai tudung atau tidak menutup aurat.

Baca juga: Ibu-Ibu, Bila Masak Pastikan Cuci Ayam, Ikan & Daging Macam Ini. Elak Jadi Mutanajjis

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×