Nur

Hukum Ucap Sadaqallah Al-‘Azheem Selepas Baca Quran!

3
SHARES
adab membaca Quran

Sering kali selesai sahaja membaca kitab Al-Quran, lidah akan menyebut ucapan “صدق الله العظيم” (Sadaqallah Al-‘Azheem). Tahukah anda, terdapat para ulama menjadikannya sebahagian dari adab membaca Quran dan mereka menetapkan bahawa membaca ucapan tersebut di dalam solat tidak membatalkan.

Justeru itu, ketahui dengan lebih lanjut mengenai hukum ucapan Sadaqallah Al-‘Azheem yang dibaca selepas membaca Al-Quran, sehingga ada yang mengatakan ia bidaah yang dicela.

Baca juga: Nak Heret Pasangan Curang Tapi Bukti Gagal Di Mahkamah, Ini 7 Sebabnya!

ADAB MEMBACA QURAN SETELAH SELESAI

adab membaca Quran

BERKATA SADAQALLAH AL-‘AZHEEM SELEPAS MEMBACA AYAT QURAN

“Selalu kita dengar orang yang membaca Quran apabila selesai membacanya mereka akan berkata Sadaqallahulazhim. Apakah hukum berkata dengan ucapan tersebut kerana ada sesetengah orang menghukumnya dengan perbuatan bida’ah?”

Telah berkata oleh Al-‘Alim Syeikh Athiyah Saqar Ketua Lajnah Fatwa Universiti Al-Azhar:

Ucapan pembaca Quran atau orang yang mendengar akan Quran akan perkataan “صدق الله العظيم” selepas selesai bacaan Quran bukannya bidaah yang dicela kerana beberapa sebab:

  1. Pertama: Tidak ada satu pun dalil yang melarangnya secara khusus.
  2. Kedua: Sungguhnya ucapan tersebut termasuk zikrullah yang disuruh kita perbanyakkannya.
  3. Ketiga: Sungguhnya para ulamak menjadikannya sebahagian dari adab membaca Quran dan para ulamak telah menetapkan bahawa membaca ucapan صدق الله العظيم tersebut di dalam solat tidak membatalkan solat.
  4. Keempat: Sungguhnya ucapan صدق الله العظيم tersebut atau yang mendekatinya telah datang perintah dengan menyebutnya di dalam Quran dan telah tetap bahawa ialah ucapan orang-orang mukmin ketika berperang.

Baca juga: Himpunan 6 Doa Demam Panas, Ikhtiar Selain Ubat!

Baca juga: 11 Jenis Doa Ketika Anak Menghadapi PEPERIKSAAN & Amalan Ibu Bapa Boleh Lakukan!

Firman Allah Taala:

قل صدق الله فاتبعوا ملة إبراهيم حنيفا

Ertinya: “Katakanlah bahawa telah benar Allah maka ikutlah kamu sekelian akan agama Nabi Ibrahim sebagai agama yang lurus.” (Al-Imran : 95)

Dan firman Allah :

ولما رأى المؤمنون الأحزاب قالوا هذا ما وعدنا الله ورسوله وصدق الله ورسوله

Ertinya : “Dan ketika orang-orang mukmin melihat akan tentera ahzab maka mereka berkata inilah apa yang telah dijanjikan olih Allah dan Rasul-Nya akan kami dan telah benarlah Allah dan rasul-Nya.” (Al-Ahzab : 22)

Telah berkata Imam Al-Qurtubi pada permulaan tafsirnya bahawa Imam Al-Hakim dan Imam Tirmizi telah menyebut tentang adab membaca Quran dan menjadikan akan setengah dari adab membaca Quran apabila selesai dari membacanya menyebut صدق الله العظيم atau menyebut ayat yang menyerupai akan maknanya.

Baca juga: Suami Tersedar Di Malam Pertama, Nikahi Isteri Tiada ‘Dara’, Lidah Kelu Tak Terkata!

Ucapan sadaqallah selepas membaca Quran bukan bidaah

adab membaca Quran

Gambar: Kashoorga

Tersebut pada fiqah mazhab yang empat yang beredar di Mesir berkata ulama mazhab Hanafi:

لو تكلَّم المصلى بتسبيح مثل . صدق اللّه العظيم عند فراغ القارئ من القراءة لا تبطل صلاته إذا قصد مجرد الثناء والذكر أو التلاوة

Ertinya: “Jikalau orang yang solat memuji Allah sebagai contoh menyebut صدق الله العظيم ketika selesai ia dari bacaan Quran maka tidak batal solatnya apabila bertujuan semata-mata memuji Allah atau zikir atau tilawah.”

Dan berkata ulama mazhab Syafie:

لا تبطل مطلقا بهذا القول

Ertinya: “Tidak membatalkan solat sama sekali dengan ucapan ini.”

Baca juga: Rupanya Ini Sebab Kenapa Anak Lebih Baik Belajar Al-Quran Dari Ibunnya Sendiri

Lalu bagaimana mungkin tuduhan orang zaman sekarang yang berkata ucapan صدق الله العظيم selepas membaca Quran itu sebagai bidaah?

Apakah perlu diulang-ulang amaran dan peringatan dari sikap tergesa-gesa mengeluarkan hukum fiqah sebelum bersungguh-sungguh mendapatkan yang sahihnya?

Firman Allah Taala:

ولا تقولوا لما تصف ألسنتكم الكذب هذا حلال وهذا حرام لتفتروا على الله الكذب إن الذين يفترون على الله الكذب لا يفلحون

Ertinya: “Jangan kamu sekelian memandai-mandai berkata-kata dengan lidah kamu akan pendustaan bahawa ini halal dan ini haram supaya kamu membuat pembohongan terhadap Allah. Sungguhnya orang-orang yang membuat pembohongan terhadap Allah sama sekali tidak akan berjaya.” (An-Nahl : 116)

Wallahua’lam.

Terjemahan teks asal oleh Ustaz Azhar Idrus.

Baca juga: ‘Speed Dating’ Budaya Baru Merisaukan, Taaruf Orang Islam Bukan Begitu Caranya!

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

FT Image: mengajionline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×