Nur

Ambil Wuduk 5 Kali Sehari Boleh Elak Umat Islam Terkena Jangkitan Penyakit Atau Virus

6
SHARES
HIKMAH BERWUDUK

Menerusi perkongsian video di aplikasi YouTube, satu temu bual bersama Neil deGrasse Tyson, saintis dan ahli astrofizik Amerika Syarikat, menarik perhatian warganet apabila dia ada menjelaskan hikmah berwuduk.

Jelasnya, antara hikmah berwuduk adalah umat Islam terhindar daripada penyakit berjangkit menerusi sentuhan.

Baca juga: Minta Gift Di Live TikTok Boleh Jatuh Haram Jika Menipu & Mampu Bekerja

HIKMAH BERWUDUK: BOLEH TERHINDAR DARIPADA PENYAKIT

HIKMAH BERWUDUK

Mengambil wuduk sebanyak 5 kali sehari ternyata mampu melawan segala jenis ancaman virus yang boleh membawa kepada pelbagai wabak penyakit.

Virus itu juga boleh meragut nyawa manusia dan ia bermula apabila pelbagai patogen seperti bakteria, virus, kulat dan parasit yang memasuki tubuh badan manusia.

Dia menjelaskan mengenai hikmah berwuduk itu menerusi podcast  ‘This Past Weekend’ yang dikendalikan oleh pelawak AS terkenal, Theo Von.

Katanya, umat Islam yang membersihkan anggota badan seperti tangan, kaki, telinga dan hidung setiap hari dapat menghindari diri daripada penyakit berjangkit menerusi sentuhan.

“Dahulu tiada siapa yang mandi pada setiap hari, jika ada penyakit muncul dan ia datang melalui sentuhan, awak dapat sakit tetapi orang Islam tidak,” ujarnya.

Apabila berwuduk, bahagian kulit tersebut dibersihkan sekali gus dapat menghindari pelbagai jenis penyakit kulit. Dari sudut saintifik, bahagian tubuh yang dibersihkan ketika berwuduk merupakan bahagian yang sentiasa terdedah menjadi tumpuan mikro organisma pembawa penyakit.

Perkara ini turut disebut di dalam hadis seperti perkongsian di bawah:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda:

إِنَّ أُمَّتِي يُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيَامَةِ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنْ آثَارِ الوُضُوءِ، فَمَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يُطِيلَ غُرَّتَهُ فَلْيَفْعَلْ

Maksudnya: “Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari Kiamat dengan dahi, tangan dan kaki yang berseri-seri disebabkan daripada kesan-kesan wudhuk. Barangsiapa yang mampu daripada kalangan kamu untuk melebihkan dahinya maka lakukanlah ia.” [Riwayat al-Bukhari (136)][Riwayat Muslim (246)]

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Muat Naik Video Lafaz Cerai Di Media Sosial, Tindakan Itu Dianggap Buka AIB Rumah Tangga

Sumber: Neil deGrasse Tyson | This Past Weekend w/ Theo Von

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×