Tindakan minta gift live TikTok semakin menjadi-jadi kerana hadiah yang diberikan boleh ditukar dalam bentuk wang. Rata-rata pengguna aplikasi tersebut mengambil kesempatan dengan membuat live setiap hari kerana ingin mendapatkan gift.
Lebih mengejutkan apabila ada sesetengah pengguna media sosial sanggup berbohong hanya kerana ingin mendapatkan ‘hadiah’ daripada penonton live tersebuut.
Baca juga: Suruh Madu Mandi & Tidur Bersama, Pendakwah Jelas Hukumnya Haram Walau Isteri Reda
MINTA GIFT LIVE TIKTOK, HUKUMNYA BOLEH JATUH HARAM
Perkara ini mendapat perhatian Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Haron di mana beliau menjelaskan bahawa seseorang itu haruslah memastikan bantuan yang diberikan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Hal ini kerana kes penipuan semakin berleluasa dan masyarakat perlu menilai individu yang meminta bantuan sebelum memberikan sebarang gift.
Walaupun di dalam Islam menjelaskan bahawa sedekah merupakan amalan mulia namun ia perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.
Beliau menasihati agar pemberi gift di TikTok sentiasa berhati-hati sebelum melakukan sebarang tindakan. Bantuan hanya boleh diberikan jika seseorang itu benar-benar dalam keadaan terdesak sahaja.
Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim yang bermaksud:
“Seseorang yang selalu meminta-minta kepada orang lain, di hari kiamat ia akan menghadap Allah dalam keadaan tidak sekerat daging sama sekali di wajahnya.”
Beliau turut memberitahu bahawa tindakan seseorang itu menipu demi mendapatkan kebaikan atau keuntungan hukumnya adalah haram.
“Kadang-kadang kita rasa mungkin seseorang itu betul-betul berada dalam kesusahan, tetapi mereka tiada inisiatif untuk bekerja malah sebaliknya mengemis di media sosial platform,” jelasnya.
Baca juga: Cium Jenazah Isteri/Suami Itu Sunnah, Tak Ada Masalah Kalau Terkena Air Mata
Sumber: Majoriti