Nur

Hukum Buat Wax/Laser Bahagian Miss V Supaya Nampak Putih & Lebih Seksi, Ramai Rupanya Yang Dah Buat!

13
SHARES
HUKUM BRAZILLIAN WAX

Trend melakukan wax atau laser di bahagian miss V semakin menjadi-jadi kerana rata-rata mahu nampak lebih cantik dan seksi. Namun, pernah tak anda terfikir mengenai hukum Brazillian Wax tersebut terutama bagi orang Islam.

Brazilian Wax atau Bro-Zillian dan Boy-Zillian membawa maksud suatu rawatan kosmetik membabitkan pembuangan bulu ari-ari lelaki mahupun perempuan secara sepenuhnya melalui proses disebut ‘waxing’ (pelilinan).

Baca juga: PU Syed Bidas Tindakan Azwan Ali Berpakaian Perempuan, “Memalukan & Kembali Kepada Fitrah…”

HUKUM BRAZILLIAN WAX/ LASER MISS V UNTUK NAMPAK SEKSI

HUKUM BRAZILLIAN WAX

Proses Brazillian Wax atau laser ini menjadi suatu perkhidmatan yang dikenakan bayaran kepada mereka yang ingin melakukannya.

Secara tidak langsung ia akan melibatkan dua pihak atau spesifiknya dua individu iaitu pelanggan dan staf untuk menjalankan proses tersebut.

Bagi menjawab persoalan mengenai hukum Brazillian Wax ia melibatkan dua isu iaitu aurat dan khalwat. Ini bermakna adalah haram untuk mendedahkan anggota badan sama ada lelaki atau perempuan.

Jadi, haram hukumnya bagi seorang lelaki melihat aurat lelaki lain dan sorang perempuan melihat aurat perempuan lain.

Jika staf yang melakukan Brazilian Wax merupakan seorang lelaki dan pelanggannya juga lelaki, atau staf perempuan dan juga pelanggannya perempuan maka sudah pasti akan berlakunya pendedahan aurat dan ini adalah dilarang. Maka lebih utama akan pengharaman hal ini adalah apabila proses tersebut melibatkan staf dan pelanggan yang berlainan jantina.

Selain itu, isu kedua adalah mengenai khalwat kerana proses Brazillian Wax ini dilakukan secara berduaan di dalam bilik khas. Tindakan ini adalah dilarang di sisi syarak seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.A.

Kesimpulannya, hukum Brazillian Wax atau melakukan laser dan perlu mendedah aurat khususnya apabila melibatkan pembuangan bulu ari-ari dan ia dilihat oleh orang lain maka ini adalah diharamkan.

Brazilian Wax yang melibatkan pembuangan bulu di betis, lengan atau dada, maka ianya adalah harus sekiranya yang melakukannya adalah staf yang sama jantina.

Kesan sampingan melakukan wax/laser

Mencerahkan kawasan sekitar faraj bukan satu idea yang baik kerana ia boleh menyebabkan komplikasi pada masa akan datang. Penggunaan krim atau laser boleh mengakibatkan vulva terbakar, gatal dan semakin sensatif.

Warna semula jadi faraj anda adalah semula jadi dan sihat. Jadi tidak digalakkan untuk melakukan sebarang perubahan di kawasan tersebut.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Selepas Kehilangan Bapa, Nafkah Tanggungan Ibu Jatuh Kepada Anak Lelaki Atau Perempuan?

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Detik Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×