Nur

Selepas Kehilangan Bapa, Nafkah Tanggungan Ibu Jatuh Kepada Anak Lelaki Atau Perempuan?

19
SHARES
TANGGUNGAN NAFKAH IBU

Menjadi tanda tanya apabila ketiadaan bapa atau kematian suami, tanggungan nafkah ibu perlu digalas oleh siapa? Menerusi perkongsian video di laman TikTok Ilmu Salaf, jawapan mengenai soalan itu ada dijelaskan agar semuanya tidak terlupa dengan tanggungjawab masing-masing.

Perlu diingatkan bahawa menjaga kebajikan ibu adalah amat penting dan merupakan tanggungjawab keluarga secara bersama. Jangan sesekali menganggap ia sebagai satu bebanan dalam kehidupan.

Baca juga: Tipu Kerja Overtime & Claim Perjalanan Lebih Hanya Sebab ‘Gila Duit’, UAI Jelas Hukumnya…

TANGGUNGAN NAFKAH IBU SELEPAS KEMATIAN SUAMI, INI JAWAPANNYA

TANGGUNGAN NAFKAH IBU

Menerusi video berdurasi kurang satu minit, Dr Idris Sulaiman Hafizahullah menjelaskan mengenai tanggungan nafkah ibu selepas kematian suami.

Jelasnya, perkara mengenai ini masih ramai lagi yang belum tahu dan kurang faham kerana tidak ada pendedahan awal. Difahamkan, nafkah tanggungan ibu selepas kematian suami adalah jatuh kepada anak lelaki.

“Apabila si bapa meninggal dunia, tanggungan nafkah ibu jatuh kepada siapa? Masih ramai yang belum tahu tetapi jawapan sebenarnya adalah jatuh kepada anak lelaki bukan perempuan.

Di dalam video itu, beliau turut memberitahu bahawa tanggungan tersebut bukan sahaja tertakluk kepada anak lelaki sulung sahaja tetapi semuanya terlibat dan perlu dilakukan secara sama rata.

“Anak lelaki yang akan bertanggungjawab untuk mengurus nafkah si ibu. Kalau anak ramai, siapa yang selayaknya tanggung? Jawapannya semua anak lelaki kena sama-sama bertanggungjawab. 

Beliau juga menjelaskan bahawa jika mempunyai adik beradik lelaki yang ramai, adalah lebih baik sekiranya berganding bahu dalam menunaikan nafkah.

“Jika mereka berganding bahu, itu yang terbaik. Siapa yang mula menjalankan tanggungjawab, dia lah yang dapat mengejar pahala kerana berbakti kepada ibunya,” jelasnya.

Baca juga: Tentang Usia 40 Tahun Yang Disebut Dalam Al-Quran, Ramai Yang Belum Sedar!

Sumber: TikTok Ilmu Salaf Dot Com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×