Nur

Tipu Kerja Overtime & Claim Perjalanan Lebih Hanya Sebab ‘Gila Duit’, UAI Jelas Hukumnya…

8
SHARES
TIPU KERJA OVERTIME

Menerusi perkongsian ceramah pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI), terdapat satu persoalan mengenai hukum tipu kerja overtime dan ‘claim’ perjalanan lebih kerana ingin wang lebih.

Tindakan ini tidak sewajarnya berlaku kerana dianggap tidak jujur dalam melakukan pekerjaan. Menurut UAI, pelaku perlu memulangkan semula wang tersebut kepada jabatan.

Baca juga: Tentang Usia 40 Tahun Yang Disebut Dalam Al-Quran, Ramai Yang Belum Sedar!

TIPU KERJA OVERTIME & CLAIM PERJALANAN LEBIH, INI HUKUMNYA

TIPU KERJA OVERTIME

“Dulu saya tipu tuntutan claim perjalanan dan overtime di pejabat. Saya nak tebus macam mana dosa saya?” tanya salah seorang pendengar ceramah.

“Kalau kita kerja dengan orang, kita tipu overtime. Sepatutnya, kita balik punch card pukul 5.00 petang tetapi kita balik dan kita tidak punch card. Kita minta kawan untuk ‘punch card’ pada pukul 10 malam.

“Jadi 5 jam kita dapat. Kalau RM 5 sejam, lima jam sama dengan RM 25…haram dosa besar,” jelas UAI lagi.

Selain itu, UAI turut memberikan contoh mengenai tuntutan perjalanan yang difahamkan ada berlaku penipuan hanya kerana keuntungan.

“Tuntutan perjalanan. Perjalanan kita 100 kilometer, tetapi kita tuntut 120 km. Tidur di hotel RM 115, tetapi buat tuntutan RM 250.

“Haram dan berdosa besar tipu perjalanan dan overtime di pejabat. Sembahyang tidak diterima oleh Allah SWT kerana menipu,” jelas Ustaz Azhar Idrus.

Beliau turut menegaskan bahawa apabila melakukan dosa dengan menipu harta orang lain, taubat seseorang tidak diterima sehingga harta yang diambil, dipulangkan semula.

“Tipu duit orang, taubat tak diterima melainkan kena pulangkan dahulu duit tersebut,” jelasnya.

Kesimpulannya, perbuatan tipu kerja overtime dan membuat tuntutan perjalanan secara berlebihan hanya kerana ingin wang lebih, adalah salah dan haram.

Diharapkan agar perkongsian artikel ini dapat memberi manfaat buat anda semua.

Baca juga: Boleh Ke Lambatkan Mandi Wajib Selepas Habis Haid? Mufti Jelaskan Jawapan Sebenar…

Sumber: TikTok Ustaz Azhar Idrus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×