Seorang kanak kanak didera oleh penjaga dan juga rakan ibunya sehingga membuatkan mata dan badan budak lelaki berusia empat tahun itu cedera.
Kejadian yang berlaku di Taman Desaria, Petaling Jaya ini terbongkar apabila doktor merawat mangsa yang dibawa ke klinik oleh ibunya pada 8 November lalu membuat laporan polis susulan kecederaan mencurigakan.
Baca juga: “Tak Senonoh Langsung..” – Promosi Donat Susu Guna Unsur Lucah, MCMC Lakukan Penelitian
KANAK KANAK DIDERA RAKAN IBU, CEDERA MATA DAN BADAN
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan pada 10.55 pagi kelmarin, mendakwa kanak-kanak disyaki didera.
Siasatan awal mendapati mangsa mungkin didera oleh rakan ibunya hingga cedera di bahagian mata, tangan kiri dan kanan serta luka di punggung.
Difahamkan ibu mangsa telah ditahan pada 18 September lalu atas kesalahan dadah dan diikat jamin pada 6 November. Dia mendakwa bahawa rakannya memberitahu itu merupakan kesan kecederaan akibat terkena mercun.
“Ibu mangsa yang sebelum ini ditahan atas kesalahan dadah pada 18 September lalu dan diikat jamin pada 6 November, mendapati anaknya mengalami kecederaan tetapi mendakwa dimaklum rakan bahawa kesan itu akibat terkena mercun.
“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan suspek belum ditahan lagi,” jelasnya.
Orang awam juga diminta akan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat Inspektor R Daamotaran Naiidu 019-6551269 jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini.
Baca juga: Kisah 7 Penjara Paling SERAM Dalam Malaysia, Meremang Bulu Roma Bila Baca…
Sumber: Harian Metro