Tular di media sosial mengenai donat susu berayaq yang difahamkan menggunakan tagline berunsur lucah untuk mempromosikan jualannya.
Tindakannya itu sudah pastinya menerima teguran daripada warganet namun tidak diambil peduli dan masih menggunakan tagline tersebut.
Baca juga: Aafiyah Dipuji Pandai Kerana Hafal Bacaan Hadis & Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
PROMOSI DONAT SUSU BERAYAQ ADA UNSUR LUCAH
Cara promosi yang digunakan adalah dengan menyebut perkataan ‘berayaq’ dengan menggunakan nada seksi dan membuat aksi kurang sesuai seperti melakukan hubungan intim.
Video yang dimuat naik semula oleh pengguna di aplikasi X itu memaparkan tindakan pengusaha donat berayaq itu membuat video sambil memegang patung.
“Hmm berayaq.. Jet lagi, jet lagi…” katanya melalui video berdurasi kurang satu minit itu.
Pengguna X dikenali sebagai Faiz Fayeshz turut meminta agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan kerana melakukan promosi berunsurkan lucah.
“Tolonglah report beramai-ramai akaun ini, kita tak boleh nak halang orang main TikTok tapi sekurang-kurangnya boleh halang pemasaran lucah macam ini. MCMC, tolong ambil tindakan,” tulisnya.
Hantaran itu menerima respon daripada MCMC dan menjelaskan akan melaksanakan penelitian lanjut mengenai promosi lucah donat susu berayaq ini.
“Pihak MCMC ambil maklum dan akan melaksanakan penelitian lanjut. Dalam masa sama, Tuan juga boleh salurkan aduan rasmi melalui aduan.mcmc.gov.my bagi memastikan pengurusan aduan yang lebih efektif dan memudahkan semakan status aduan. Terima kasih atas keprihatinan Tuan,” jelasnya.
Lebih mengejutkan terdapat juga kanak-kanak yang meniru aksi tersebut dan melakukannya di khalayak ramai ketika berada di sebuah pasar.
Bukan itu sahaja, ada juga beberapa pengguna media sosial yang menyokong cara pengusaha itu mempromosikan donatnya kerana dikatakan agak berbeza.
Baca juga: Permohanan Untuk Bayaran Fasa 1 STR 2025 Dibuka Sehingga 30 November Ini