Sebelum akad nikah dilafazkan, biasanya ada beberapa soalan tok kadi ditujukan kepada pengantin lelaki. Ini bertujuan untuk memastikan si lelaki memahami ilmu agama untuk memimpin si isteri.
Walau bagaimanapun, lain pula yang berlaku di sebuah masjid yang terletak di Sungai Petani, Kedah apabila soalan tok kadi agak berlebihan sehingga membuatkan keluarga kedua-dua pihak kecewa.
Baca juga: Anak Kantoi ‘Buat’ Belakang Rumah Dengan Anak Jiran. Keluar Waktu Ibu Ayah Tengah Tidur!
SOALAN TOK KADI SEOLAH-OLAH BULI PENGANTIN, KELUARGA KECEWA
Menerusi perkongsian di laman TikTok itu, kejadian ini berlaku ketika majlis akad nikah diadakan di sebuah masjid.
“Kami sampai lebih kurang 12.45pm di sebuah masjid di Sungai Petani, Kedah untuk penikahan sepupu (sebelah isteri). Beberapa jemaah menyapa mesra kehadiran kami bila diketahui kami ini bersama rombongan pengantin lelaki.
“Tiba-tiba datang seorang lelaki tua menaiki motor. Isteri saya ucapkan salam dan bertanya dengan nada yang sopan bertanya tempat solat muslimah. Namun pakcik tersebut meninggikan suara sambil memberitahu arah ke ruangan solat,” ujarnya.
Majlis pernikahan bermula pada jam 2pm namun situasi tegang berlaku apabila salah seorang ahli masjid menghalau rombongan pengantin perempuan dan tidak membenarkan mereka duduk di kawasan tersebut.
“Kami masuk ke dalam bilik mesyuarat, masuk pula lelaki lain dalam pertengahan usia menghalau rombongan perempuan. Tok kadi pula melangkah masuk dalam 2 lebih. Lewat, tak ada minta maaf atas kelewatan apa, terus bagi tazkirah.
“Bagi tazkirah bukan kepada pengantin tetapi kepada tetamu. Antara yang dia sebut adalah ketika majlis berlangsung, jangan ada sesiapa bersuara. Biarkan mereka membuatkan kerja mereka,” jelasnya.
Kebimbangan mengenai soalan tok kadi menjadi realiti kerana dia seakan-akan membuli pengantin lelaki tersebut. Bertalu-talu soalan yang ditanyakan sehingga membuatkan keluarga pengantin lelaki geram dan kecewa.
Apabila ditegur, jawapan yang diberikan sungguh angkuh kerana tidak membenarnya orang lain mengganggu gaya kerja mereka.
“Saya dah buat kerja ini 10 tahun dah. Kalau awak tak puashati, saya boleh sahaja batalkan majlis pernikahan ini dan suruh mereka nikah dekat pejabat agama,” ujar si tok kadi.
Tindakannya itu sudah tentunya membuatkan seluruh ahli keluarga kecewa dan tidak berpuas hati. Difahamkan laporan akan dibuat kepada Jabatan Agama Islam Negeri Kedah agar imej agama Islam tidak dicemari pembuli seperti ini.
Baca juga: PU Syed Bidas Tindakan Azwan Ali Berpakaian Perempuan, “Memalukan & Kembali Kepada Fitrah…”
Sumber: TikTok Firdaus Wong