Bila sebut penjara seram di Malaysia, pasti dalam fikiran anda hanyalah Penjara Pudu yang sudah dirobohkan itu. Sebenarnya, ada beberapa kisah penjara Seram yang ramai tidak tahu.
Jadi, penulis akan senaraikan di bawah ini 7 penjara seram di Malaysia untuk anda baca. Ikuti perkongsian penuh ini. Memang meremang bulu roma!
Baca juga: Jenis-Jenis Cat Rumah Yang Senang Cuci, Anak Conteng Dinding Setiap Hari Pun Boleh!
PENJARA SERAM DI MALAYSIA, BERDEBAR BILA BACA
1. Penjara Pudu
Umum mengetahui, Penjara Pudu merupakan antara yang sangat terkenal di Malaysia kerana menyeramkan. Penjara ini dibangun pada tahun 1895 oleh orang-orang British.
Penjara ini dikenali dengan cerita-cerita seram dan dipercayai dihantui oleh roh-roh bekas banduan. Antaranya adalah warden Penjara Pudu sering diganggu khususnya pada waktu malam seperti kerusi di dalam pondok kawalan terbang keluar seolah-olah dicampak oleh seseorang.
Ada pula yang direnung oleh lembaga hitam, melihat bayangan kanak-kanak berlari dan kelibat perempuan cantik berjalan sendirian di tengah-tengah lorong penjara.
2. Penjara seram – Penjara Taiping
Penjara Taiping ditubuhkan pada tahun 1879, merupakan kompleks penjara yang pertama dan penjara moden tertua di Malaysia. Dibina di atas tanah seluas 5.159 hektar dan menggunakan tenaga buruh paksaan yang terdiri daripada tawanan perang atau banduan yang dibawa masuk dari India dan Afrika.
Bangunan kolonial ini menyimpan banyak kisah mistik, terutama melibatkan kawasan bilik hukuman. Penampakan bayangan dan bunyi tangisan dipercayai menghantui kawasan ini.
3. Penjara Kajang
Seterusnya, Penjara Kajang juga termasuk dalam salah satu senarai penjara seram di Malaysia. Pelbagai kisah mengenai penjara diceritakan dan membuatkan rata-rata orang gerun untuk melawat Penjara Kajang.
Penjara beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun 1985. Pada permulaannya Penjara Kajang hanya menempatkan seramai 30 orang banduan yang dibawa setiap hari dari Penjara Pudu, Kuala Lumpur pada bulan Oktober 1980.
4. Penjara Air Molek, Johor Bahru
Penjara Johor Bahru, yang ditempatkan di ibu kota negeri Johor, Malaysia dahulunya dikenali sebagai “Kota Jail”. Ia merupakan penjara yang ketiga tertua di Malaysia.
Penjara ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Illham Almarhum Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Daeng Ibrahim pada tahun 1883 untuk menahan para penjenayah di dalam negeri, dan juga mereka yang menentang kerajaan penjajah Britain.
Sejak 30 Ogos 2025, penjara ini telah dikosongkan dan berpindah ke bandar Kluang di Johor Tengah. Penjara ini dibuka kepada orang ramai untuk lawatan namun dihentikan pada 15 Disember 2005 dan penjara berusia 140 tahun itu terbiar begitu sahaja.
5. Penjara seram – Penjara Pulau Pinang
Penjara Pulau Pinang juga disenaraikan penjara seram di Malaysia kerana ia merupakan salah satu penjara tertua di Malaysia. Dibina pada tahun 1849, sudah pastinya banyak kes kematian, penyiksaan dan hukuman gantung berlaku di sini.
6. Penjara Marang, Terengganu
Penjara Marang letaknya di Mukim Pulau Kerengga dalam Daerah Marang, lebih kurang 11 km dari Bandar Marang dan 33 km dari Bandar Kuala Terengganu.
Terletak di kawasan, Penjara Marang menyimpan kisah-kisah misteri yang diceritakan oleh staf dan penghuni. Ada laporan mengatakan kedengaran suara memanggil nama banduan atau anggota penjara, walaupun tiada orang yang berada di kawasan tersebut.
7. Penjara seram – Penjara Bentong, Pahang
Penjara Bentong di Pahang juga terkenal dengan cerita seram. Dikatakan ada gangguan mistik dan penampakan, terutama pada waktu malam. Seperti penjara yang lain, ia turut menyimpan kisah-kisah tragis dan misteri yang membuatkan orang awam takut bila berada di kawasan sekitar.
*Fuh! Seram sungguh kisah penjara di Malaysia ini.
Baca juga: Isu Penyanyi Dialek Kelantan Ditahan, Rupanya Ini Suasana Penjara Narathiwat Yang Digeruni!
Sumber: Beautiful Nara, Instirusi Penjara Malaysia, TikTok & Facebook