Percutian

Cara Bawa Kereta Sendiri Masuk Pulau Pangkor, Rupanya Lebih Jimat Dan Murah!

21
SHARES
bawa kereta ke pulau pangkor

Menerusi laman Facebook milik Wan Afiq Azri, dia berkongsikan cara ke Pulau Pangkor dengan membawa kereta sendiri untuk bercuti bersama keluarga.

Jelasnya, masih ramai lagi yang belum tahu bahawa anda sebenarnya boleh membawa kereta sendiri ke Pulau Pangkor. Ikuti perkongsian penuh di bawah.

Baca juga: Percutian 5 Hari 4 Malam Di Medan Indonesia, Bajet Bawah RM1500 Pun Boleh Pergi

CARA KE PULAU PANGKOR BAWA MASUK KERETA SENDIRI

CARA KE PULAU PANGKOR

Pertama sekali, bawa masuk kereta sendiri ini bergantung kepada keperluan anda masing-masing dan berbaloi jika ingin bercuti di Pulau Pangkor lebih 3 hari kerana kosnya agak tinggi.

Kos bawa masuk kereta untuk saya kali ini adalah RM238.50 pergi dan balik termasuk SST. Saya pergi hari cuti umum Deepavali (kadar tinggi sedikit) dan balik hari Sabtu (kadar biasa).

Hari Isnin hingga Sabtu adalah kadar biasa, Ahad dan cuti umum adalah kadar tinggi. Hari Ahad kena pastikan anda memberitahu pihak pengendali kerana sepatutnya mereka tidak beroperasi pada hari Ahad namun dibuka jika ada permintaan.

Penyedia untuk tongkang logistik bawa kenderaan ke Pulau Pangkor hanya ada 1 sahaja iaitu R Masyhur Logistik yang beroperasi di jeti Marina Island, Lumut, Perak. Boleh terus waze nama syarikat tersebut. Berdekatan dengan Rockbund Fishing Chalet. Destinasi tongkang berlabuh di Pulau Pangkor pula di belakang Galeri Pangkor.

Urusan bawa kereta naik tongkang melalui tempahan awal atau walk in. Hubungi R Masyhur Logistik melalui WhatsApp di 0187775596. Tongkang akan mulakan perjalanan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Hanya seorang pemandu sahaja dibenarkan menaiki tongkang dengan kereta berdasarkan Peraturan Bot 1953 Jabatan Laut Malaysia. Penumpang lain dikehendaki untuk menaiki feri penumpang di jeti Marina Island hanya 5 minit dari jeti logistik ini.

Bawa kereta sekurang-kurangnya 30 minit awal dari jadual. Sampai disana, buat pembayaran di kaunter dan tunggu arahan pekerja disana untuk proses menaiki tongkang. Perjalanan dari Marina Island, Lumut ke Pulau Pangkor mengambil masa sekitar 15 minit. Urusan balik pula, bawa kereta menuju ke tempat tongkang berlabuh di belakang Galeri Pangkor.

Urusannya mudah sebenarnya cuma proses nak selaraskan dengan jadual feri penumpang sedikit susah bagi yang tak biasa. Macam saya, saya pilih waktu naik tongkang dengan kereta jam 8.30 pagi, saya tempah tiket feri penumpang secara atas talian untuk 8.15 pagi. Saya mula turunkan penumpang di jeti feri penumpang pada jam 7.45 pagi dan terus bergerak ke jeti tongkang. Alhamdulillah, waktu feri penumpang dan tongkang sampai tak jauh beza.

Bawa kereta sendiri bebas nak kemana-mana, bila-bila masa. Bawa barang banyak pun tak jadi masalah. Kalau ada warga emas pun, lebih mudah. Cuma, kebanyakan jalan di Pulau Pangkor terutama di Pekan Pulau Pangkor dan Teluk Nipah agak sempit dan parking kereta juga sangat terhad. Pandu kereta juga perlu lebih berhati-hati kerana sangat banyak motosikal.

Senarai harga & jadual perjalanan untuk bawa kereta

Berikut adalah senarai harga untuk membawa kereta dan motor sendiri ke Pulau Pangkor.

CARA KE PULAU PANGKOR

CARA KE PULAU PANGKOR

Jadual perjalanan Marina ke Pulau Pangkor

CARA KE PULAU PANGKOR

Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini dapat bantu anda sekiranya ada perancangan untuk bawa kerete ke Pulau Pangkor.

Baca juga: 3 Hari 2 Malam Di Kundasang Sabah Hanya RM1000 Seorang, Tak Sangka Semurah Ini!

Sumber: Facebook Wan Afiq Azri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×