Seorang wanita di laman TikTok menjelaskan bahawa segalanya berubah ketika Ramadan 2024 apabila dia disahkan menghidap kanser lidah.
Kanser lidah adalah sejenis kanser mulut yang berkembang di dalam sel skuamosa di permukaan lidah. Ia boleh menyebabkan tumor atau lesi.
Baca juga: Anak Kantoi ‘Buat’ Belakang Rumah Dengan Anak Jiran. Keluar Waktu Ibu Ayah Tengah Tidur!
TANDA KANSER LIDAH YANG DIALAMI WANITA INI
Menerusi perkongsian di TikTok itu, Isyida menjelaskan bahawa tanda kanser lidah yang paling utama adalah berlaku ulser di bahagian lidah.
Tambahnya, antara tanda kanser lidah yang lain adalah ulser tersebut mengambil masa agak lama untuk sembuh iaitu kira-kira lebih 2 minggu.
“Jika ada ulser di lidah lebih 2 minggu di tempat sama atau ulser datang dan pergi di lidah di tempat yang sama, sila berjumpa dengan doktor. Jangan biarkan! Bahaya,” ujarnya.
Kanser lidah yang dialami membuatkan lidah wanita ini terpaksa dipotong dan pembedahan tersebut mengambil masa selama 16 jam.
“Pembedahan lama kerana mula-mula saya ditidurkan lebih 24 jam. Kemudian, bermula pembedahan di leher untuk pasang trachy, pembedahan buang lidah 70% dan buang nodus limfa sehingga level 5.
“Bukan itu sahaja, pembedahan diteruskan dengan free flap iaitu mengambil isi dan urat di bahagian tangan untuk menggantikan lidah. Setelah itu, pembedahan di bahagian paha turut dilakukan untuk menggantikan kulit tangan. Akhir sekali pembedahan untuk memasang tiub ketika makan,” jelas wanita itu.
Lebih menyedihkan, dia turut kehilangan ibu tersayang ketika berada di hospital dan tidak dapat pulang ke rumah untuk melihat wajah si ibu.
Perkongsian Isyida sudah pastinya menerima komen positif daripada warganet yang turut mendoakan agar dirinya diberikan kekuatan untuk hadapi ujian ini.
“Semoga dipermudahkan urusan puan. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Terima kasih atas perkongsian secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran mengenai kanser lidah/mulut ini,” komen pengguna TikTok.
Baca juga: Jangan Tertipu! Guna Meja Berdiri Di Pejabat BAHAYA, Risiko Strok & Jantung Boleh Meningkat
Sumber: TikTok Isyida Syahidah