Menerusi perkongsian seorang wanita di laman Facebook, dia menjelaskan bahawa ini merupakan pengalaman pertama masak untuk suami.
Hantaran wanita itu memaparkan menu masakan butter chicken namun agak berbeza dari biasa kerana kelihatan terlebih minyak.
Baca juga: Soalan Tok Kadi Melampau Waktu Akad Nikah, Bila Ditegur Jawab “Jangan Halang Kerja Kami…”
PERTAMA KALI MASAK UNTUK SUAMI, WANITA INI MINTA PANDANGAN
Tambahnya lagi, itu merupakan pertama kali dia masak untuk suami selepas sah bergelar isteri. Di dalam masakan tersebut, ada juga daun kari untuk menaikkan bau.
“Hari pertama beli ayam popcorn, hari pertama jadi isteri dan hari pertama masak untuk suami. Ok ke tak macam ini? Salah saya dekat mana?” tanya wanita itu di laman Facebook.
Perkongsian Aimum Mikha itu ternayata menerima komen positif daripada warganet yang rata-rata memberi tunjuk ajar cara memasak hidangan tersebut.
“Acik dulu pun tak pandai masak. Tak ada belajar mana-mana kecuali belajar dari kesilapan sahaja. Hari-hari kena mencuba dan cuba. Jangan putus asa. InsyaAllah nanti mesti lagi sedap daripada masakan di kedai.
“Awak nak cuba masak ayam buttermilk ke? Banyak sangat butter dan kena agak-agak untuk menumis bawang dan daun kari sahaja. Kalau nak lebihkan susu cair tak apa. Saya pun tak pandai masak, biasa ikut video dekat TikTok kalau nak masak,” komen pengguna Facebook dan memberi semangat kepada wanita itu.
Walaupun pertama kali memasak namun tiada sebarang komen negatif diberikan kepads Aimum Mikha kerana dia berani mencuba dan bertanya.
“Tak salah mencuba, teruskan usaha dan belajar lagi. Setiap yang berjaya bermula dari kegagalan. Esok beli lagi dan cuba ya,” ujar Aziz di ruangan komen.
*Semoga dipermudahkan segala urusan ya!
Baca juga: Permohanan Untuk Bayaran Fasa 1 STR 2025 Dibuka Sehingga 30 November Ini
Sumber: Facebook Aimum Mikha