Dapur

Resepi Creamy Cheezy Butter Prawn Viral Macam Di Restoran, Siap Ada Jerami Telur!

2.5K
SHARES

Menu berasaskan butter atau cheese sudah semestinya menjadi trend masa kini. Bukan sahaja mempunyai rasa yang menarik dan berlemak, menu ini juga sesuai dipelbagaikan dan tidak hanya terhad sebagai satu jenis juadah sahaja. Jadi, kami kongsikan resepi creamy cheezy butter prawn macam yang anda boleh pesan di restoran luar. Paling seronok bila masak sendiri adalah anda boleh gandakan jumlah udang dalam hidangan!

Resepi Creamy Cheezy Butter Prawn.

Ramai yang masih belum pass masak menu ni kan? Tak susah pun nak masak cuma nak buat jerami telur tu kalau silap percaturan boleh gagal. Sepatutnya nak lebih mudah faham kena buat video tapi kita nak cepat, tak sempat nak shooting video bagai. Harapnya uolls dapat tangkap apa yang ingin di sampaikan. Tak faham boleh tanya tapi mungkin lambat sikit kita balas sebab tengah kebizian.

Oh ya, ini resepi butter prawn gaya kita tau. Kalau uolls tak suka susu cair, boleh ganti dengan santan kotak. Kalau tak suka cheese, tak nak letak pun takpe.

1. 1kg udang dibersihkan. Taburkan dengan garam dan serbuk kunyit. Tambahkan satu senduk tepung bestari dan sedikit air. Gaul rata.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng udang hingga masak. Tos dan ketepikan. Jangan overcooked tau. Kalau nak tau udang yang dimasak sempurna, udang tu bentuk C bermaksud cooked. Kalau udang jadi bentuk O maksudnya overcooked.

3. Bahan-bahan creamy cheezy sause:

-4 ulas bawang putih-cincang

-4 tangkai daun kari

-Cili api ikut kepedasan-potong

-Butter

-1 sk serbuk lada sulah

-1 sk gula

-1 sk serbuk pati ayam

-4 keping cheese (tiada dalam gambar)

4. Panaskan minyak dan butter. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan daun kari dan cili api.

5. Masukkan susu cair, serbuk lada sulah, gula dan serbuk pati ayam. Tak perlu tambah garam.

6. Masukkan kepingan cheese. Kita guna jenama Emborg.

7. Apabila sauce dah menggelegak masukkan udang.

8. Gaulkan udang hingga sebati dengan sauce tadi. Tutup api dan ketepikan.

9. Dalam mangkuk lain pukul 4 butir kuning telur.

10. Panaskan minyak dan setengah biji butter dalam kuali. Bila minyak dah cukup panas, perlahankan api. Guna senduk seperti dalam gambar.

11. Angkat mangkuk tinggi-tinggi, tuangkan telur perlahan-lahan kemudian kacau dengan laju membentuk bulatan. Kacau laju-laju tau untuk dapatkan jerami telur yang halus.

12. Masak sebentar hingga minyak berbuih. Tutup api.

13. Tuangkan telur ke dalam penapis besi macam ni. Nak guna penapis santan yg besi tu pun boleh. Tekan telur guna senduk tadi untuk turunkan minyak ke bawah.

14. Masukkan udang dalam pinggan. Taburkan telur di atasnya. Sedia untuk disajikan.

*Nampak menyelerakan betul!

Sumber : Suzana Othman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×