Hebahan

Bawa Keluarga Jamu Selera Di The Chicken Rice Shop, ‘Grilled Butter Chicken’ Dah Kembali!

12K
SHARES

The Chicken Rice Shop ~~

Bukan sekadar nasi ayam ~~

Setiap kali datang ke The Chicken Rice Shop (TCRS), mesti nyanyi lagu dia. Sampaikan anak-anak juga terikut. Cawangan The Chicken Rice Shop ada di kebanyakan pusat membeli-belah. Bayangkanlah mereka dah buka lebih 100 cawangan di seluruh Malaysia. Tahniah!

TCRS cukup terkenal dengan menu utamanya iaitu nasi ayam. Kali ni bukan sekadar nasi ayam! Ianya Grilled Butter Chicken (GBC) yang pernah mencetuskan satu fenomena suatu ketika dahulu.

Korang ingat ke tak? Meh, kita recap sikit menu epik, TCRS ni.

Sedapnya Grilled Butter Chicken! Kuah meleleh…

Alhamdullilah baru-baru ni kami berkesempatan gamit memori rasa Grilled Butter Chisken, TCRS! Omg, sedap. Kuah dia meleleh-leleh, rasa butter pun just nice. Hampir telupa, sesedap ni rupanya rasa Grilled Butter Chicken.

Kami confirm peminat butter chicken dekat luar sana yang tengah craving nak makan butter chicken akan suka Grilled Butter Chicken, TCRS. Jangan sampai jilat pinggan sudah la. Jilat sudu okay lagi. Hehe

TCRS Tawar 3 set! Pilih La Ikut Selera Anda!

Apa yang kami maksudkan dengan 3 set ialah Grilled Butter Chicken ditawarkan untuk set A, seorang makan, set B,  2-3 orang makan dan set C, 4-5 orang makan.

Kami ambil set C sebab kami ramai. Dalam set ni dah include Grilled Butter Chicken, Roast Chicken, Nyonya Pai Tee, Penang Rojak, Penang Famous Chicken Rolls dan Spicy Savoury Ladies’ Fingers. Janga risau Nasi pun dah termasuk dalam setiap set yang ditawarkan.

Servis kedai yang laju dan mesra pelanggan

Baru berbual sekejap dengan rakan sebelah, tiba-tiba makanan sampai. Sangat laju! Patutlah ramai yang tidak jemu datang banyak kali. TCRS memang terkenal dengan servis yang pantas. Layanan staf mereka juga terbaik.

Banyaknya makanan. Mana mahu makan dulu ya? Semestinya Grilled Butter Chicken! Jom telan sampai puas. 🤤

Walaupun ayamnya dipanggang, anda akan tetap rasa garing sebab barter yang digunakan bukanlah barter biasa. Puas hati dengan sos butter mereka yang sangat berkrim. Sedap. Nanti anda cubalah bersama keluarga ya. 👍

Ini antara menu lain yang ada dalam set C, Grilled Butter Chicken. Jemput tengok ya. Kata orang gambar menceritakan segalanya dengan lebih jelas berbanding kata-kata. Mesti anda terliur kan?😏

Memang licin pinggan kami makan. Setiap menu yang ada ni melengkapi menu-menu lain yang ditawarkan dalam set. Bijak TCRS, sebab berjaya gabungkan menu-menu tersebut. Jadi anda tak kan dapat satu rasa sahaja.

Tropical Layer Tea, sedap dan menyegarkan!

Jika anda order set menu Grilled Butter Chicken, jangan lupa tambah Tropical Layer Tea sebagai minuman anda sekeluarga. Minuman ini sedikit berangin kerana ada soda di dalamnya. Paling penting, ia sedap dan membuat anda rasa segar!

Altimet order di The Chicken Rice Shop dengan rap yang hebat.

Rap, Makan, Tido, Repeat. Senang je. #LekLuMakanDulu #GrilledButterChicken #TheChickenRiceShop #TCRS

Posted by Altimet on Saturday, November 23, 2019

Kebetulan baru-baru ni, Altimet ada berkunjung ke TCRS. Wah! Terkejut jugak min, masa tengok video ni. Tak sangka Altimet rap semasa order makanan. Tergamam pelanggan yang lain tengok aksi Altimet. Jujurnya, kami pun terhibur.

Memang epik cara Altimet order makanan. Yang pasti Altimet pun cuba menu istimewa Grilled Butter Chicken ni.

Kami pasti Grilles Butter Chicken tidak akan menghampakan anda sekeluarga. Diingatkan bahawa menu ni hanya terhad sehingga Januari 2020 tau. Baik anda cepat. Kalau tidak, anda juga yang akan mengidam nak rasa nanti.

Admin abadikan gambar bersama team Sirap Limau disini. Ni la kesayangan-kesayangan min. Hehe

TCRS sememangnya tempat yang tepat untuk anda makan bersama keluarga dan rakan-rakan. TCRS juga sering jadi pilihan untuk  gathering-gathering korporat. Makan beramai-ramai barulah seronok.

Jom  cuba Grilled Butter Chicken sekarang! 🐔 🐔 🐔

Ikuti perkembangan terkini mereka di Facebook Page The Chicken Rice Shop.

Untuk info lebih lanjut, klik link di bawah.

Website: The Chicken Rice Shop

Facebook: The Chicken Rice Shop

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×