Famili

Muka Wanita Ini Bernanah & Berbiji Selepas Balik Kawah Putih, Percutian Jadi Tragedi Ngeri!

3
SHARES

Menerusi perkongsian di laman TikTok oleh seorang wanita bernama Wanie, dia menjelaskan bahawa percutian di Indonesia selama 4 hari 3 malam bertukar tragedi selepas melawat Kawah Putih di Bandung.

Menurutnya, pada hari kedua ketika berada di sana, dia dan keluarganya melawati Kawah Putih yang merupakan sebuah tasik kawah gunung berapi terletak di Gunung Patuha.

Baca juga: Kena Rompak Akibat Selalu Tunjuk Rumah Mewah Di Media Sosial, Suami Dibu**h Kejam!

TRAGEDI KAWAH PUTIH, MUKA WANITA INI JADI BERNANAH?

kawah putih

Selepas beberapa jam berada di sana, dia memberitahu bahawa kulit mukanya muka gatal-gatal dan tidak selesa. Namun, dia hanya bersangka baik dan berkemungkinan disebabkan oleh peluh.

“Bila sampai hotel, saya terus cuci muka tetapi rasa macam kulit semakin gelap dan rasa bahang-bahang panas. Suami saya pun terkejut tengok muka saya merah macam kena salai. 

“Keesokan harinya muka saya mula keluar biji-biji kecil dan saya memilih untuk berada di hotel sahaja. Tak keluar kemana-mana,” ujarnya.

Walaupun seharian berada di bilik hotel sahaja namun Wanie menjelaskan bahawa kulit mukanya semakin teruk. Lama-kelamaan, biji-biji kecil di muka timbul bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Dia juga memberitahu bahawa hotel yang didiami oleh mereka agak sedikit seram dan suram di mana katil kayu bergoyang dengan sendiri ketika waktu Maghrib.

Wanie beranggapan bahawa kulit mukanya jadi begitu mungkin disebabkan ‘mistik’ di hotel itu sendiri atau kerana melawati Kawah Putih.

Menjengah ke video lain di laman TikToknya, kulit muka Wanie sudah beransur pulih selepas 7 hari tersiksa denga kesakitan biji-biji nanah tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, ada yang berpendapat bahawa kawah gunung berapi di Kawah Putih itu sangat membahayakan kesihatan.

“Ada pergi kawah gunung berapi ke? Kalau ya, memang tak elok asap sulfur untuk orang yang ada masalah kulit dan sensitif. Semoga cempat sembuh ya,” tulisnya di komen.

Baca juga: Rakan Bog*lkan Jenazah Waktu Mandi, Bila Ditegur Jawab “Lebih Senang Tak Pakai Kain”

Sumber: TikTok Wanie Waniter

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×