Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Rosli Sabar, dia mendakwa bahawa cucu kena tampar di sekolah oleh seorang guru.
Hantaran tersebut sudah pastinya menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ibu bapa kerana risau dengan keselamatan anak di sekolah.
Baca juga: “Ini Bukan Kes Pertama…” – Belakang Badan Anak Berbirat Kena Rotan Dengan Siak Masjid
CUCU KENA TAMPAR DI SEKOLAH? ATUK TAK PUAS HATI
Rosli menjelaskan bahawa cucunya yang berusia 8 tahun itu ditamparkan kerana salah masuk kelas. Lebih mengejutkan apabila kesan tamparan tersebut dapat dilihat di bahagian muka.
Difahamkan bahawa kejadian ini berlaku salah sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Jeram, Selangor. Dia juga memberitahu bahawa akan ke sekolah untuk mendapatkan penjelasan dari guru terbabit.
Rosli juga memohon ibu bapa yang pernah ditampar atau dikasari oleh cikgu tersebut tampil bersama pada hari berkenaan agar keadilan dapat ditegakkan.
“Murid darjah 2 ditampar melekat tapak tangan cikgu disebabkan salah masuk kelas. Cucu saya tu. Esok saya akan ke sekolah minta penjelasan dari guru tersebut. Ibu bapa yang anak mereka pernah dikasari oleh cikgu tersebut minta tampil bersama,” tulisnya di posting tersebut.
Sehingga kini, hantaran tersebut sudah pastinya dibanjiri komen warganet yang turut terkejut melihat bekas tamparan di pipi kanak-kanak tersebut.
Rata-rata juga tidak bersetuju dengan tindakan guru tersebut kerana sanggup menampar murid sekolah sehingga meninggalkan kesan. Mereka juga mencadangkan agar pihak keluarga membuat laporan polis untuk siasatan lanjut dan berharap guru tersebut tidak melakukan perkara sedemikian lagi.
“Tolong buat report polis. Salah apa sekali pun, seorang guru tak layak nak usik anggota muka dan atas badan anak murid.
“Ya allah kesiannya sampai berbekas macam itu. semoga cepat sembuh adik,” komen pengguna media sosial.
*Diharapkan kes ini dapat diselesaikan dengan segara dan tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
Baca juga: Denda Duduk Luar Kelas Paling Tak Wajar, Murid Langsung Tak Dapat Belajar!
Sumber: Facebook Rosli Sabar