Menerusi perkongsian seorang ibu di laman Facebook, dia meluahkan rasa terkejut apabila anaknya kena rotan dengan tok siak di masjid.
Buat anda yang tidak tahu, menurut Dewan Bahasa Pustaka, siak membawa maksud orang yang bekerja menjaga atau pengawal masjid.
Baca juga: Bayi Sindrom Down & Sakit Buah Pinggang Ditinggalkan Di Hospital, Ibu Hilangkan Diri
KENA ROTAN DENGAN TOK SIAK DI MASJID, TAK SANGKA
Si ibu menjelaskan bahawa kejadian ini berlalu ketika ingin menunaikan solat Jumaat. Dia memberitahu bahawa biasanya setiap Jumaat pasti akan solat di masjid berdekatan tempat kerja suaminya di Batu 12.
Namun, pada hari kejadiaan, si suami membawa anaknya menunaikan solat Jumaat di masjid yang berbeza dan tidak dinyatakan lokasi sebenar.
Katanya juga, itu merupakan kali pertama anak lelakinya yang bernama Afnan menunaikan solat di situ. Nasib tidak menyebelahi si anak apabila dia tiba-tiba dirotan oleh siak di situ.
“Selalunya abinya bawa solat Jumaat dekat masjid tempat abi dia keje atau dekat Masjid Batu 12 dekat sebelah sekolah dia. Tapi Minggu lepas dia cuti sekolah, abi dia bawa solat dekat masjid ehem ehem.
“Pertama kali solat di situ, Afnan dah dapat pengalaman tak best pula. Tak pasal-pasal kena libas dengan siak waktu rakaat pertama.
Dia menjelaskan bahawa siak tersebut sememangnya akan merotan sesiapa sahaja kanak-kanak di situ sebagai peringatan agar tidak membuat bising.
“Rupanya sebelum siak masuk saf, dia memang akan rotan random budak sebagai amaran supaya budak lain tak bising kerana risau bila dia dah masuk saf nanti tiba-tiba ada budak bising atau lari. Tak sangka pula yang kena libas hari itu anak saya,” luah si ibu di media sosialnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata kasihan dengan kanak-kanak tersebut kerana kena rotan oleh siak di masjid. Pengguna media sosial juga turut tidak bersetuju dengan tindakan kurang wajar tersebut.
Imam di masjid itu turut memberitahu bahawa ini bukan kes yang pertama kerana dia sudah mendapat beberapa aduan lain berkenaan tindakan siak tersebut.
Kes tersebut di bawa ke balai polis untuk membuat laporan demi menjaga keselamatan kanak-kanak lain. Difahamkan juga siak berkenaan menangis dan meminta maaf.
Baca juga: Denda Duduk Luar Kelas Paling Tak Wajar, Murid Langsung Tak Dapat Belajar!
Sumber: Facebook Risallizah Manaf