Famili

“Rosaklah Badan…” – Suami Marah Isteri Terpaksa Czer, Anggap Tindakan Tak Masuk Akal!

37
SHARES
suami marah isteri czer

Menerusi perkongsian seorang isteri di laman TikTok, dia meluahkan rasa kecewa apabila seorang suami marah isteri czer tanpa persetujuannya.

Jelas wanita yang dikenali sebagai @flowertersakiti itu, si suami menganggap bahawa c-section itu boleh merosakkan badan pada masa akan datang.

Baca juga: “Tulisan Buruk Itu Redflag” – Cikgu Kecewa Ibu Ayah Biarkan Anak ‘Lemas’ Dalam Aliran Perdana

SUAMI MARAH ISTERI CZER, KECEWA TAK TERKATA

suami marah isteri czer

Dia memberitahu bahawa selepas selamat melahirkan anak dan keluar dari bilik pembedahan, dia menghantar mesej kepada si suami untuk memberitahu keadaanya.

Namun, lain pula yang berlaku apabila dia dimaki kerana memilih untuk melakukan czer tersebut ketika melahirkan anak. Menerusi tangkap layar yang dimuat naik itu, dapat kita lihat bahawa suami menganggap tindakan itu satu perkara tidak wajar.

“Keluar dari bilik pembedahan, dalam keadaan bius lagi, tanya ‘nurse’ nak telefon dulu. Buka sahaja ‘chat’ kena maki sebab ’emergency czer’?

“Hari sama juga saya pujuk dia elok-elok, semua hanya untuk dilayan macam tu. Saya juga masuk bilik pembedahan sendiri tanpa kehadiran dia. Semua ini dah berlalu namun masih sakit,” luah si isteri.

Tangkap layar tersebut juga menunjukkan bahawa suami mahu berkahwin lain kerana beranggapan badan si isteri ‘rosak’ dan tidak berguna lagi.

“Umur macam ni nak operate kenapa. Baik saya kahwin dengan orang lain sahaja yang elok sihat lagi,” tulis lelaki itu kepada isterinya.

Video tangkap layar tersebut sudah tentunya mendapat perhatian warganet dan rata-rata memberi komen positif dan kata-kata semangat kepada wanita itu.

Warganet juga tidak menyangka, wujud lelaki seperti ini yang menyangka czer tersebut adalah tindakan tidak elok.

*Jaga-jaga wanita di luar sana. Cari lelaki yang bijak ya.

Baca juga: Ibu Terkejut Baca Mesej Berunsur Lu*ah Dalam Group Anak, Siap Minta Hisap!

Sumber: TikTok Flower Tersakiti

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×