Famili

Bayi Sindrom Down & Sakit Buah Pinggang Ditinggalkan Di Hospital, Ibu Hilangkan Diri

15
SHARES
BAYI SINDROM DOWN

Media melaporkan seorang bayi sindrom down dan mengalami komplikasi buah pinggang ditinggalkan oleh ibu kandunganya di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Difahamkan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan ibu kepada bayi lelaki berusia empat minggu itu.

Baca juga: Bayi Tujuh Bulan Hidap 6 Penyakit Kronik, Ayyash Mateen Perlu Dirawat Segera

BAYI SINDROM DOWN DITINGGALKAN DI HOSPITAL

BAYI SINDROM DOWN

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru, Norhafizah Ahmad berkata, bayi lelaki berkenaan dikenali sebagai Athar Jazmi kini bergantung kepada mesin oksigen bagi membantu pernafasan.

Kali terakhir ibu kandung bayi tersebut mengunjunginya di hospital adalah pada 27 Ogos lalu sebelum menghilangkan diri. Wanita warga asing berusia 42 tahun dipercayai menghilangkan diri selepas perbuatannya memalsukan dokumen pengenalan diri terbongkar dan dipercayai khuatir dikenakan tindakan undang-undang.

Wanita tersebut difahamkan berasal dari Filipina menggunakan kad pengenalan milik individu lain (warga tempatan) ketika mendaftar anaknya di hospital.

“Kami menerima rujukan daripada Jabatan Kerja Sosial Perubatan, HSI pada 27 Ogos lalu berikutan ibu kandung bayi didapati gagal mendaftarkan kelahiran anaknya selain menggunakan dokumen pengenalan milik individu lain bagi tujuan pendaftaran mendapatkan rawatan,” katanya.

Selain mengalami sindrom down, bayi berkenaan turut mempunyai masalah kesihatan lain seperti masalah buah pinggang dan kesukaran untuk bernafas.

Siasatan awal yang dilakukan oleh pihak hospital mendapati ibu kandung turut memiliki empat cahaya mata selain masih belum mendaftarkan kelahiran mereka. Pihak hospital telah membuat laporan polis pada 27 Ogos lalu.

Ibu kandung dan ahli keluarga bayi itu didapati menghilangkan diri ketika polis ke rumah ibu kandung bayi itu di Flat Tasek, Bandar Seri Alam pada 28 Ogos lalu.

Siasatan ke rumah turut dilakukan oleh JKM pada 29 Ogos 2024 namun mendapati kediaman mereka tidak berpenghuni. Sehingga kini ibu kandungnya tidak dapat dihubungi dan JKM masih menjalankan usaha mencari wanita itu kerana kelahiran bayi berkenaan perlu didaftarkan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pelindung JKM Daerah Johor Bahru Jamalluddin Hassan di talian 07-2232606 atau 07-2232607.

Baca juga: Denda Duduk Luar Kelas Paling Tak Wajar, Murid Langsung Tak Dapat Belajar!

Sumber: Buletin TV3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×