Famili

Cara Daftar Haji Untuk Satu Keluarga Melalui Akaun THiJARI, Daftar Awal Lagi Bagus!

5
SHARES
cara daftar haji

Seronoknya bila kita melihat orang ramai di sekeliling kita telah dijemput untuk berada di Rumah Allah iaitu Mekah bagi mengerjakan ibadah haji. Hal ini kerana, bagi melaksanakan rukun Islam kelima ini bukan semua berpeluang untuk sampai ke sana ketika usia muda, malah ada yang perlu tunggu giliran sehingga usia 80 tahun. Jadi, apa kata anda cari cara daftar haji dengan cepat supaya nama dah ada dalam list!

Jadi, berikut merupakan cara daftar haji secara online untuk mak ayah dan juga untuk anak-anak. Bila dah daftar, hanya perlu menunggu nama disenaraikan dapat pergi ke kota Mekah!

Baca juga: Trend Daftar Nama Anak Tanpa ‘Bin’ Atau ‘Binti’ Katanya Urusan Lagi Mudah…

CARA DAFTAR HAJI MELALUI AKAUN THiJARI

cara daftar haji

Syarat daftar haji:

-Mempunyai baki minimum dalam akaun TH sebanyak RM1,300.00.

-Tidak pernah menunaikan fardhu haji.

-Membawa dokumen pengenalan diri (MyKad) dan Sijil Kelahiran bagi yang berumur 12 tahun ke bawah semasa melakukan pendaftaran haji di kaunter-kaunter TH.

Cara untuk daftar:

1.Login ke akaun THiJARI

daftar haji

2.Pergi ke menu Perkhidmatan Haji (rujuk gambar di bawah)

3.Klik Pendaftaran Haji

4.Klik ikon Tambah Pemohon

5.Isikan butiran anda dalam ruang yang disediakan dengan lengkap.

6.Buat pengesahan maklumat yang didaftarkan.

7.Anda akan mendapat notifikasi sekiranya pendaftaran berjaya.

8.Tahun diperuntukkan untuk pergi menunaikan Haji akan dimaklumkan.

cara daftar haji

Selain membuat pendaftaran secara online, saluran daftar haji juga dibuka melalui :

1.Kaunter TH / Kaunter Mudah Alih TH
2.Bank / rakan strategik TH
3.Tabung Haji Contact Centre (THCC) : 03- 6207 1919

Sebelum buka akaun untuk anak-anak, yang penting ibu ayah perlu ada akaun THiJARI dahulu. Langkahnya seperti berikut:

1.Login akaun THiJARI
2.Pergi ke menu Pembukaan Akaun Kanak-kanak.
3.Isi semua maklumat anak-anak.

Selepas selesai mendaftar, pergi aktifkan akaun anak di kaunter Tabung Haji dalam masa 30 hari. Sila bawa dokumen berikut:

-1 salinan dan original surat beranak anak
-1 salinan dan original IC ibu / ayah
-Wang untuk daftar Haji RM1300.00

cara daftar haji

*Semoga kita semua dipermudahkan urusan untuk menjejakkan kaki ke Rumah Allah tak lama lagi ya! Aamin!

Sumber: Tabung Haji

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×