Rakyat

Air Zam Zam Dah Tak Boleh Dibawa Pulang Walaupun 5 Liter?

247
SHARES

Sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan sesiapa sahaja yang berkunjung ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah Haji dan Umrah, pasti akan membawa pulang Air Zam Zam bukan?

Namun, seperti apa yang kita dengar sejak beberapa tahun lalu pihak kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan kemasukan Air Zam Zam secara kuantiti yang banyak ke negara lain. Hanya lima liter sahaja yang diberikan secara percuma kepada setiap jemaah.

Baca juga: Sebelum Tiba Di Mekah Atau Madinah, Wajib ‘Install’ MySejahtera Arab Saudi Ini

AIR ZAM ZAM TAK BOLEH DIBAWA PULANG WALAUPUN 5 LITER?

Namun, lain pula dengan perkongsian video yang dikongsikan menerusi akaun Tiktok @masjidbesi apabila dalam video tersebut menunjukkan tiada Air Zam Zam yang dibenarkan dibawa pulang, terutama sekali apabila jemaah terbang menerusi lapangan terbang baharu Jeddah.

“Kepada para mutawif, nak beritahu untuk lapangan terbang baru Air Zam Zam tidak dibenarkan bawa balik”

“Maksudnya jemaah tidak dibenarkan walaupun 5 liter pun untuk dibawa balik. Jadi, beritahu para jemaah minum puas-puas di sini sebab ia memang barang larang”

“BANYAK ORANG JUAL”

Menjengah ke ruangan komen, ramai juga yang kecewa dengan larangan ini kerana ingin membawa pulang Air Zam Zam sebagai salah satu ‘kenangan’ pulang ke tanah air. Ada juga yang berpendapat bahawa ramai yang membawa pulang air ini dengan tujuan untuk menjual semula.

Bukan itu sahaja, bekas mufti Perak Allahyarham Harrusani Zakaria juga menjelaskan bahawa penjualan semua Air Zam Zam adalah salah dari hukum syarak.

Sumber: TikTok @masjidbesi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×