Nur

Sebelum Tiba Di Mekah Atau Madinah, Wajib Install ‘MySejahtera’ Arab Saudi Ini

147
SHARES

Bukan sahaja kebenaran rentas negeri, malah umat Islam dari Malaysia juga telah dibenarkan untuk menunaikan ibadah umrah dengan mendapat kebenaran dari Arab Saudi. Namun, seperti kita sudah terbiasa di negara kita apabila perlu ‘scan’ aplikasi Mysejahtera ke mana sahaja kita pergi, ramai juga yang tertanya-tanya bagaimana pula apabila mengerjakan umrah nanti? Apa persediaan yang perlu dilakukan? Ini perkongsian dari Dr. Ahmad Samhan.

Baca juga: Jemaah Antarabangsa Dibenarkan Tunai Umrah Mulai 10 Ogos

‘DI MEKAH DAN MADINAH KENA SCAN MACAM MYSEJAHTERA KE?’

“Doktor, di Mekah dan Madinah kena scan macam Mysejahtera ke?”

“Ya. Apps tu nama Tawakkalna(Kami berserah)

Setiba di Mekah atau Madinah, WAJIB buat 4 perkara ini.

1. Beli simkad

2. Download dan aktifkan apps Tawakkalna

3. Download dan aktifkan apps Eatmarna

4. Isi borang HSO secara online.

1.Ada banyak syarikat telco di Saudi. Boleh pilih mana-mana. Yang penting kena ada nombor telefon saudi dan internet untuk daftar Apps Tawakkalna dan Eatmarna.

2.Apps Tawakkalna boleh download di Ios dan Android.

3.Klik Sign up (seperti anak panah) untuk mendaftar.

4.Klik di bahagian visitor dan isi semua butiran termasuk nombor telefon saudi.

5.Bila dah lengkap, ini paparan awal Tawakkalna.

Apa yang penting, ada barcode (seperti anak panah) yang perlu ditunjukkan setiap kali masuk mana-mana tempat di Saudi. Tak perlu scan seperti Mysejahtera tapi hanya tunjuk bahawa kita telah fully vaccinated.

6.Selepas itu, download apps Eatmarna.

7.Fungsi apps Eatmarna adalah untuk kita tempah temujanji untuk memasuki tempat-tempat di Masjid Nabawi dan buat Umrah di Mekah.

Tujuan adalah untuk elakkan ramai orang dan hanya mereka yang diluluskan permit akan dibenarkan masuk. Antara tempatnya adalah:

1. Umrah

2. Solat di Masjidil haram

3. Raudah(lelaki)

4. Raudah (Perempuan)

5. Ziarah makam Rasullullah s.a.w

8.Ini contoh bila klik Umrah.

1. Pilih tarikh yang kosong

2. Pilih masa untuk buat umrah

3. Wajib ikut masa yang ditempah,jika tidak,tak dibenarkan buat umrah. (Umrah wajib kali pertama sampai Mekah tak perlu permohonan. Ini hanya untuk buat umrah kali kedua dan seterusnya)

9.Bila temujanji sudah dibuat, kita akan dapat lihat permit akan diberikan dan perlu ditunjukkan sebelum memasuki kawasan yang dimohon.

10. Di Saudi, kalian tidak dikuarantin. Terus boleh masuk Mekah atau Madinah. Bila pulang ke Malaysia, kalian akan dikuarantin dirumah selama 7 hari. Untuk kuarantin dirumah,perlu buat permohonan dari KKM.

Permohonan ini boleh diisi 7 hari hingga 10 hari sebelum pulang ke Malaysia. Sebaiknya,hari pertama atau kedua sampai di Mekah/Madinah terus isi.

Ini link permohonan: https://hso.moh.gov.my/outbreak-portal-hqa/index

Sumber: Dr. Ahmad Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×