Suami Isteri

Sunnah Setelah Akad Nikah Yang Pengantin Terlupa Buat, Rugi Kalau Tak Baca Doa Ini

35
SHARES
DOA SELEPAS AKAD NIKAH

Seperti mana kita tahu, pernikahan adalah sangat dianjurkan dalam Islam namun masih ramai lagi yang terlupa untuk membaca doa selepas akad nikah. Sunnah ini jarang dilakukan oleh pengantin zaman sekarang kerana rata-rata kesuntukan masa.

Jadi, sekiranya anda bakal bergelar raja sehari tidak lama lagi, boleh baca doa selepas akad nikah ini. Pengantin lelaki membacanya sambil meletakkan tangan di ubun-ubun pengantin perempuan.

Baca juga: Contoh Panggilan Manja Untuk Suami Menurut Islam, Confirm ‘Cair’ & Lebih Disayangi

DOA SELEPAS AKAD NIKAH, SUNNAH YANG JARANG DILAKUKAN

DOA SELEPAS AKAD NIKAH

Pengantin yang baharu menikah, sangat dianjurkan mendoakan pasangannya. Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila salah seorang dari kamu menikahi wanita maka peganglah ubun-ubunnya lalu bacalah”:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهَا وَخَيْرِ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ ، وَأَعُوْذَ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ

Allahumma inni as-aluka min khoirihaa wa khoiri maa jabaltahaa ‘alah. Wa a’udzu bika min syarrihaa wa syarri maa jabaltahaa ‘alaih

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan akhlaknya yang dibawanya. Dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan akhlaknya.” (HR. Abu Daud:2160; Ibnu Majah:1918.)

Bagi yang masih baharu menikah dan belum membaca doa ini, boleh membacanya sekarang setiap hari selepas solat.

Selain itu, solat sunat pengantin juga digalakkan melakukannya berdasarkan amalan para sahabat. Seorang lelaki datang bertemu Abdullah bin Mas’ud R.Anhuma dan berkata:

“Sesungguhnya aku telah berkahwin dengan seorang perempuan dara tetapi aku amat takut kalau-kalau dia membenci aku.”

Maka Abdullah berkata:

“Sesungguhnya kemesraan itu datangnya daripada Allah, dan kebencian itu datang daripada syaitan, kerana syaitan itu akan mendatangkan benci pada apa yang Allah halalkan, maka ketika kamu mendatangi isteri kamu, arahkan dia untuk bersolat di belakang kamu (yakni jadi makmum) sebanyak dua rakaat.

Diingatkan agar melaksanakan solat sunat ini di kawasan tertutup agar aurat isteri terjaga dan tidak terdedah kepada orang luar.

Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua dan ikatan rumah tangga kekal hingga akhir hayat.

Baca juga: Isteri, Jangan Minta Dikurniakan Sabar Tetapi Ini Doa Yang Sesuai & Lebih Spesifik

Sumber: TikTok Ustaz Khalid Basalamah & Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×