“Percaya pada rezeki Allah…”
Itulah ungkapan sering kali kita dengar apabila kecewa jika tidak dapat apa yang diingini. Menerusi perkongsian pengguna Facebook bernama Sharifah Zahidah, golongan tidak tenang dan sering ‘berdrama’ adalah mereka yang tidak faham mengenai aturan rezeki Allah SWT.
Jelasnya, rezeki itu datang pelbagai bentuk dan anda perlu sentiasa memandang positif dengan setiap yang dimiliki dalam kehidupan.
Baca juga: “Rindu Abi…” – Selepas 4 Bulan Azizulhasni Pulang Ke Pangkuan Isteri & Anak-Anak
PERCAYA PADA REZEKI ALLAH, BARU HIDUP LEBIH TENANG
Manusia yang paling tidak tenang adalah manusia yang tidak faham tentang aturan rezeki Allah. Jika rumah tangganya tidak diberi zuriat, dia menyalahkan pasangan lantas mula menghalalkan curang. Baginya, tiada apa lagi yang membahagiakan dalam rumahtangga apabila zuriat itu tiada.
Jika kesihatannya ditarik, diuji sakit, dia menganggap rezekinya bakal terputus lantas dia berputus asa dan menjadi pendengus setiap masa. Habis semua orang dimarahinya termasuk yang paling bertungkus lumus menjaganya.
Jika pekerjaannya tidak seperti orang lain, dia mula melihat dirinya sebagai “kurang” dalam segalanya, tidak bernasib baik, serba serbi tidak cukup berbanding orang lain.
Jika perniagaannya merudum, dia hilang waras, menabur fitnah kepada orang konon dididengki/dizalimi dan bersikap tidak matang dalam menyelesaikan segala konflik perniagaannya. Dia tidak pula bermuhasabah barangkali kerana ibadahnya yang compang dan sikapnya yang buruk membuatkan orang tidak lagi mahu menyokongnya.
Jika anak-anaknya nakal, dia melihat anak-anak itu jahat, tidak reti bersyukur, menyusahkan dan tidak membawa sebarang kebaikan lagi pada dirinya. Anak yang sepatutnya dia didik dan bela, dia anggap beban yang hanya menggangu jiwa.
Orang yang faham aturan rezeki Allah akan melihat bahawa memiliki anak itu bermakna rezekinya tertulis untuk menjadi ibu dan ayah.
Dia juga melihat bahawa di saat dia sihat rezekinya adalah untuk berhabis daya dan usaha dalam bekerja. Tapi di saat dia diuji dengan sakit maka rezekinya adalah pada berhabis usaha pada bertawakkal dan melihat keajaiban Allah dalam mencukupkannya. Itu juga rezeki.
Sebenarnya bukan tiada rezeki tetapi, rezeki itu datang dalam bentuk berbeza. Orang yang tidak letak ALLAH dalam hati, tidak kemas tauhidnya pada soal rezeki – akan cenderung berdrama.
Banyak perkara kita impi, tidak terjadi seperti apa yang kita hajati. Tetapi terjadi menurut kebijaksanaan Allah yang Maha Mengatur Rezeki.
Tenang-tenang sahaja. Cukup-cukuplah drama.
Baca juga: Perempuan Kalau Nak Cantik Luar & Dalam Kena Dengar 10 Nasihat Ini. Jangan Toksik!
Sumber: Facebook Sharifah Zahidah