Didik

[VIDEO] Hanya Sekelip Mata! Robot Sumo Kolej Tunku Kurshiah Tewaskan Wakil Jepun, Raih Perhatian Dunia

41
SHARES
robot sumo

Dua wakil negara dari Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Negeri Sembilan berjaya mengharumkan nama negara di peringat antarabangsa dengan pencapaian yang membanggakan ketika bertanding di dalam Pertandingan Sumo Robot Seluruh Jepun (All Japan Robot Sumo Tournament) 2024.

Mereka berdua yang merupakan Team Ensis Kogeki telah berpeluang berdepan dengan wakil dari 15 negara di seluruh dunia.

Baca juga: [TERKINI] Bantuan Subsidi Beli Tiket Penerbangan ‘FLYsiswa’, Dinaikkan Kepada RM400 – PM

ROBOT SUMO TKC KALAHKAN WAKIL JEPUN

robot sumo

Namun perkara yang menjadi perhatian ramai, apabila pasukan itu berdepan dengan wakil dari kolej terkemuka di Jepun iaitu Ooita Technical Kagetsu dalam kategori robot seberat tiga kilogram.

Menerusi hantaran Ikedo Kogeki Malaysia Robot Sumo Team di Facebook, pasukan TKC berjaya mencatat kemenangan 2-1 di dalam perlawanan yang penuh debaran itu dan sekaligus melayakkan mereka mara ke pusingan seterusnya.

Malah, kejayaan tersebut juga mencuri perhatian ramai ekoran robot sumo milik TKC mampu mengalahkan robot lawan dalam sekelip mata.

Baca juga: Pemuda Kongsi Pencapaian Lepas Dapat Sarung Jubah Hitam ‘Rare’ UiTM, Hanya 20 Individu Sahaja Terpilih! 

Kemudian, mereka terpaksa akur dengan kekalahan apabila bertemu dengan wakil Perancis iaitu Team Cecil Maxon.

Walau bagaimanapun, pencapaian wakil negara tetap meraih pujian daripada warga maya yang rata-ratanya berbangga dengan mereka semua.

Malah, harapan diletakkan agar industri robotik Malaysia mendapat pendedahan dan perhatian yang tinggi daripada masyarakat.

Selain itu, ramai juga berharap agar tenaga pengajar lebih peka terhadap perkembangan bidang berkenaan dan menyediakan pendedahan lebih luas kepada pelajar, khususnya di institusi sekolah.

Baca juga: 5 Tips Penting Jawab Soalan Temu Duga, Bila Tahu Kuncinya Kurang Rasa ‘Nervous’!

Sumber: Ikedo Kogeki Malaysia Robot Sumo Team

FT Image: Ikedo Kogeki Malaysia Robot Sumo Team

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×