Didik

[TERKINI] Bantuan Subsidi Beli Tiket Penerbangan ‘FLYsiswa’, Dinaikkan Kepada RM400 – PM

4
SHARES
tiket penerbangan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Januari depan.

Beliau berkata, langkah itu merupakan antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan isu tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.

Baca juga: Tular Video Jual Daging Babi Secara Terbuka Di Pasar Malam & Cetuskan Perdebatan, Ini Jawapan MBSA!

TIKET PENERBANGAN: BANTUAN SUBSIDI ‘FLYsiswa’ DINAIKKAN

tiket penerbangan

Gambar BERNAMA: Anwar berucap ketika merasmikan Karnival FLYsiswa 2024 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) Universiti Teknologi Mara (UiTM), pada Khamis.

FLYsiswa, FLYsiswa 2024, FLYsiswa voucher, bantuan subsidi kerajaan, bantuan subsidi,

“Sebab itu kita bagi bantuan menerusi FLYsiswa dan untuk tahun hadapan, kita naik kepada RM400 daripada RM300 sebelum ini.

“Ini cara kita untuk tunjuk keprihatinan kerajaan ringankan sedikit beban anak-anak dari negeri yang terlibat,” katanya ketika merasmikan Karnival FLYsiswa dan Karnival Pengangkutan Siswa MADANI di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di sini.

Baca juga: 5 Tips Penting Jawab Soalan Temu Duga, Bila Tahu Kuncinya Kurang Rasa ‘Nervous’!

FLYsiswa untuk laluan penerbangan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan

Diperkenal pada 2023, FLYsiswa ialah bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam, politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta pelajar matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru di bawah Kementerian Pendidikan bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Ia dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell dengan syarikat penerbangan tempatan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi maksud pembelian tiket penerbangan bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Inisiatif itu bertujuan mengurangkan beban kewangan mahasiswa yang ingin pulang ke kampung halaman terutama mereka yang tiada pilihan mod pengangkutan selain penerbangan.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, usaha meringankan beban kewangan itu bertujuan memastikan mahasiswa terbabit dapat memberi sepenuh tumpuan terhadap pembelajaran masing-masing.

Baca juga: Pemuda Kongsi Pencapaian Lepas Dapat Sarung Jubah Hitam ‘Rare’ UiTM, Hanya 20 Individu Sahaja Terpilih!

70% mahasiswa yang layak telah menebus baucar inisiatif FLYsiswa

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang turut hadir pada majlis itu berkata, sebanyak 70 peratus daripada 52,030 mahasiswa yang layak telah menebus baucar inisiatif FLYsiswa dan beliau menggesa mereka yang belum berbuat demikian supaya segera membuat tuntutan sebelum akhir bulan ini.

Beliau berkata, bagi pelaksanaan inisiatif itu tahun depan, pihaknya akan segera mendapatkan data terkini daripada KPT untuk membolehkan mahasiswa menebus baucar itu seawal bulan Januari.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberikan peruntukan sebanyak RM48 juta bagi pelaksanaan inisiatif ini tahun hadapan, yang kita yakin membolehkan pelajar terbabit merancang perjalanan pulang ke kampung,” katanya.

Mengenai karnival hari ini, Anthony Loke berkata, seramai 4,158 mahasiswa menghadirinya termasuk bagi mendapatkan informasi berkaitan inisiatif FLYsiswa selain berpeluang memiliki 3,500 topi keledar percuma yang disediakan. – BERNAMA

Baca juga: Tak Ingat Suami Ambil Syarikat Insurans Apa, Bila Kereta Rosak Ini Cara Pantas Untuk Isteri Tahu!

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Google / iloveborneo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×