Baru-baru ini kerajaan membuat pengumuman mengenai bantuan FLYsiswa yang dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 agar mampu meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan dengan masalah tiket penerbangan.
Bagi pelajar yang masih tidak tahu cara mohon bantuan FLYsiswa ini, jangan risau kerana penulis ada kongsikan langkah demi langkah di bawah ini.
Baca juga: Cara Cakap Tentang Allah Bila Anak Kecil Tanya, Bagi Jawapan Macam Ini Lebih Cepat Faham…
CARA MOHON BANTUAN FLYSISWA, SUBSIDI TIKET PENERBANGAN PELAJAR IPT
Bantuan FLYsiswa merupakan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti di bawah KPT, Kolej Matrikulasi dan Institusi Pendidikan Guru KPM bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Permohonan bermula pada:
Fasa 1 – Mulai 1 Januari 2025
Pelajar sedia ada dan baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing sehingga 30 September 2024.
Fasa 2 – Mulai 1 April 2025
Pelajar baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing antara 1 Oktober sehingga 31 Disember 2024.
Fasa 3 – Mulai 1 Julai 2025
Pelajar baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing antara 1 Januari sehingga 31 Mac 2025.
Cara memohon adalah seperti di bawah ini:
1. Membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan. Sekiranya pelajar didapati tidak layak, pelajar boleh klik rayuan bagi memulakan permohonan rayuan yang dibuka sehingga 31 Ogos 2025.
2. Membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan di laman sesawang syarikat penerbangan yang dipilih oleh pelajar.
3. Setelah menerima permohonan tersebut, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM400 kepada pelajar sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan.
Contoh penggunaan baucar
Tarikh akhir pemohonan adalah pada 30 November 2025 dan baucar hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan MASwings.
Bagi yang layak menerima subsidi penerbangan ini, penebusan baucar untuk pembelian tiket boleh dilakukan sehingga 31 Disember 2025 sahaja.
Pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.
Diharapkan pelajar yang layak dapat memanfaatkan bantuan FLYsiswa ini dengan baik.
Baca juga: Patutlah Makin Bertenaga Bila Minum Air Kelapa Laut, Memang Rugi Siapa Yang Tak Pernah Cuba!
Sumber: FLYsiswa
Kredit imej: UiTM