Nampaknya kita telah melangkah masuk ke Tahun Baharu 2025 yang akan membawa pelbagai pembaharuan. Pembaharuan ini bukan sahaja tertumpu kepada diri sendiri sahaja, malah undang-undang Malaysia juga.
Hal ini kerana, negara menyaksikan beberapa perubahan dasar serta penambaikan perundangan dalam melangkah ke tahun baharu 2025. Berikut merupakan 7 senarai intipati perubahan yang orang ramai perlu ‘alert’ pada masa akan datang.
Baca juga: Bulan Rejab Dah Tiba Di Ambang Tahun Baharu 2025, Buat 13 Amalan Ini Untuk Pahala & ‘Test’ Diri
7 UNDANG-UNDANG MALAYSIA BAHARU, BERKUAT KUASA MULAI 1 JANUARI 2025
1.Kawasan larangan merokok
Berkuat kuasa 1 Januari, sebanyak 28 kawasan diwartakan sebagai tempat larangan merokok. Premis dobi dan bangunan tempat kerja juga tersenarai dalam kawasan larangan merokok susulan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) pada 1 Okt lepas.
Selain itu, hospital, klinik, lif atau tandas awam, tempat makan, kedai berpenyaman udara, lapangan terbang, premis kerajaan, institusi pendidikan dan banyak lagi. Mereka yang didapati bersalah merokok atau menggunakan produk merokok di kawasan larangan itu akan dikenakan denda maksimum sebanyak RM5,000.
2.Penjaja dan peniaga berlesen wajib mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)
Penjaja dan peniaga berlesen diwajibkan membuat caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bermula esok bagi menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja.
Langkah mandatori itu dilaksanakan menerusi Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Kadar Caruman Bagi Penjaja Atau Peniaga) 2024 yang diwartakan pada 30 Ogos melalui PU (A) 229 dan berkuat kuasa pada 1 September lepas.
3.Johor kembali cuti Sabtu dan Ahad
Johor akan kembali melaksanakan cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad susulan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail pada 7 Oktober lepas, ia mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ). Ini menjadikan negeri yang masih melaksanakan cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu ketika ini ialah Kedah, Kelantan dan Terengganu.
4.FLYSISWA
Kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400, dijangka memanfaatkan kira-kira 60,000 mahasiswa yang menggunakan penerbangan bagi laluan domestik. Mahasiswa boleh membuat semakan bermula esok melalui https://subsidiudara.mot.gov.my/.
5.KTMB Tanpa Tunai
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pula akan melaksanakan bayaran tanpa tunai sepenuhnya bagi pembelian tiket di sektor Lembah Klang, Utara dan Selatan serta Pantai Timur, untuk menyokong inisiatif ekonomi digital negara.
6.Taman asuhan berdaftar wajib paparkan nombor pendaftaran
Bermula tahun 2025, semua taman asuhan kanak-kanak (taska) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diwajibkan untuk memaparkan plak nombor pendaftaran di premis masing-masing bagi memberi keyakinan kepada ibu bapa terhadap status lesen taska terbabit.
7.Pelesenan aplikasi media sosial
Penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Penyedia (CASP) yang mewajibkan platform media sosial mendaftar lesen dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Keperluan ini, di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian, melindungi pengguna khususnya kanak-kanak dan golongan rentan serta memperkukuh kawal selia terhadap penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial.
*SELAMAT TAHUN BAHARU 2025!
Baca juga: Ini 11 Jenis Pekerjaan Di Malaysia Yang Gajinya Rendah Tapi Kerja Melimpah Ruah, Tak Cukup!
Sumber: Buletin TV3, AWANI
Foto: MPPR