Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah buat selamanya. Itulah perumpamaan yang sering diungkapkan apabila bercakap mengenai kasih sayang ibu bapa namun ada yang sudah tidak dapat merasa kasih ini dari salah seorang dari mereka seperti ayah. Itulah yang berlaku kepada seorang pelajar ini yang ajak ibunya ziarah kubur ayah sebelum jawab peperiksaan.
Tular di media sosial memaparkan seorang anak menziarahi kubur bapanya sebelum pergi ke sekolah bagi menduduki ujian lisan Bahasa Inggeris Sijl Peperiksaan Malaysia (SPM) yang mengundang tangisan orang ramai.
Baca juga: PU Salman Kongsi 6 Langkah Amalan ‘Mahal’ Calon Peperiksaan Boleh Buat, Elak Lupa
ANAK AJAR ZIARAH KUBUR SEBELUM SPM, RINDU PELUKAN ARWAH AYAH…
Menerusi hantaran yang tular di laman Tiktok, dapat dilihat seorang pelajar lelaki memakai pakaian seragam sekolah sedang berada di tanah perkuburan dipercayai di Kluang, Johor, pada hari Rabu.
Sangat menyentuh hati apabila video yang direkod sendiri oleh ibunya itu memaparkan pelajar berkenaan menghadiahkan Al-Fatihah buat si bapa sebelum menyiram air di atas pusara. Namun, apa yang membuatkan ramai lebih sebak adalah apabila pelajar lelaki berkenaan sendiri mengajak si ibu menziarahi kubur bapanya dan meluahkan perasaan rindu akan insan tercinta itu.
Luah pelajar berkenaan, dia rindu mendapat pelukan dan doa daripada seorang bapa sebelum menduduki peperiksaan seperti kebanyakan orang seumur dengannya.
“Hari ini SPM, si abang ujian bertutur Bahasa Inggeris. Dia cakap nak pergi kubur ayah sebelum jawab soalan.
“Dia cakap semua orang sebelum jawab periksa dapat peluk dan doa dari ayah mereka, tapi abang.
“Al-fatihah buat Muhamad Rasidi bin Puteh, moga syurga buat kamu,” kongsi pengguna TikTok iaitu si ibu dikenali jue497.
ANAK YANG SOLEH..
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa simpati dan tidak henti memberi kata-kata semangat buat remaja berkenaan untuk meneruskan kehidupan.
“Terus jadi anak yang soleh Abang Aiman, semoga dipermudahkn untuk SPM,” -netizen.
“Allahu part peluk kubur tu. Semoga diterangkan hati, dilapangkan dada dalam menjawab soalan SPM abang..Acik doakan semoga abang berjaya dunia dan akhirat,”– netizen.
“Semoga adik berjaya dengan cemerlang dalam SPM. Ayah adik pasti bangga sebab hanya anak soleh sahaja yang selalu melawat pusara dan mendoakan orang tua mereka yang dah meninggal. Acik doakan adik terus kuat dan tabah,”– netizen.
@jue497 hari nie spm si abg ujian bertutur BI..dia cakap nak pergi kubur ayah sebelum jwp soalan..die cakap semua org sebelum jwp peksa dpt pelok n doa dari ayah die org tapi abg 🥲.. al fatihah buat muhamad rasidi bin puteh muga syurga buat kamu #fyp #urutantradisionalmelayu #juejarijemari #kluangjohor #CapCut ♬ Ayah – Laoneis
*Penulis pun sebak dan faham perasaan adik ini…semoga adik Aiman terus semangat dan berjaya dapat keputusan cemerlang SPM nanti, aamin!
Baca juga: “Saya Hanyalah Anak Makcik Kantin..”- Abang Pilot Titip 3 Pesanan Untuk Calon SPM Supaya Cemerlang!
Sumber: Tiktok @jue497