Inspirasi

“Saya Hanyalah Anak Makcik Kantin..”- Abang Pilot Titip 3 Pesanan Untuk Calon SPM Supaya Cemerlang!

21
SHARES
makcik kantin

Buat adik-adik yang kini sedang menduduki peperiksaan besar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2024) pasti sudah merancang perjalanan karier setelah habis persekolahan. Jadi, sebagai pemangkin semangat, ada satu kisah inspirasi yang dikongsikan oleh kapten juruterbang yang merupakan anak makcik kantin sekolah.

Benarlah kata orang bahawa jalan untuk mencapai kejayaan bukannya mudah tambah pula kalau datang dari keluarga yang tidak seberapa. Namun, berkat kesabaran dan usaha tanpa henti, lelaki yang dikenali dengan nama Captain Gazze telah berjaya bergelar juruterbang berjaya!

Baca juga: 30 Senarai Bantuan Kewangan Pendidikan Untuk Pelajar IPT, Jangan Lupa Mohon!

PESANAN UNTUK ADIK SPM DARI KAPTEN JURUTERBANG YANG HANYA ANAK MAKCIK KANTIN

makcik kantin

Mempunyai lebih 70 ribu pengikut di laman Tiktok, Captain Gazze juga sering dijemput memberi taklimat kerja di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Malah, bagi adik-adik yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang juruterbang, di akaun Tiktok Captain Gazze merupakan lubuk soalan dan jawapan.

Nasihat padat kepada adik-adik yang bakal menghadapi SPM. Saya kini seorang Captain Boeing 737, telah terbang ke hampir 100 destinasi.

Beberapa puluh tahun lepas, saya hanyalah seorang anak ‘Makcik Kantin’. Ada lapan orang adik-beradik, dan membesar dalam keadaan sederhana namun penuh kesyukuran di kawasan luar bandar di negeri Pahang. Perit jerih mak dan ayah memelihara kami, buatkan saya sedar perkara ini:

1. Segala usaha kita sekarang, tak nampak hasilnya esok dan lusa. Tetapi, setelah banyak tahun, barulah kita tahu apa bezanya. Jadi, teruskan bersusah-payah sekarang, belajarlah siang dan malam. Yang pasti, pelangi bakal muncul setelah tenggelamnya kelam hujan lebat.

2. Keputusan pelajaran yang baik, boleh membuka lembaran baru dalam kehidupan kita. Walaupun anak Makcik Kantin, saya perolehi keputusan 9A dalam SPM. Saya dapat tawaran ke Jepun melalui MARA, UK melalui PNB, kejuruteraan melalui MISC, Matrikulasi Melaka dan Program Kadet Pilot MAS. Saya ada peluang untuk pilih masa depan.

3. Pelajaran kehidupan terbaik datangnya dari jalanan. Namun, akan lebih baik, bila ada bersama ilmu di dada. Saya ketemu orang yang hebat sepanjang hidup. Saya akui, ada orang yang tanpa latar belakang pendidikan tinggi pun boleh saja berjaya. Akan tetapi, saya lebih percaya, yang bila kita dapat kuasai pengalaman di jalanan dan akademi yang baik, akan pasti lebih cemerlang pembawaannya.

Saya tempuhi onak dan duri untuk sampai ke tahap ini. Tersemat dalam diri, SPM lah ruang yang ada bagi saya merubah nasib keluarga. Alhamdulillah, atas segala kurnia-Nya.

Jadi, kepada adik-adik semua, hidup di luar tu keras. Ini adalah newborn step untuk melangkah. Alang-alang nak melangkah dan terjatuh, biarlah tersadung dengan bergaya. Sebabnya apa? Sebabnya, awak akan terus berlari selepas kejatuhan itu. Ingat, FLY HIGH & BE AWESOME!

@gazze.azri Koi bawak Mak ke night stop. Kemah aokmer. #anakmakcikkantin #orangpahang #pilotkelakartapiberkaliber #batikair #malindoair #amritsar ♬ original sound – Gazze Azri – Captain Gazze Azri

*Oleh itu, buat adik-adik yang sedang berjuang dalam SPM 2024, jadikan nasihat ini sebagai pemangkin semangat untuk terus mencapai impian dan cita-cita!

Baca juga: 10 Kerabat Diraja Yang Kahwin Dengan Rakyat Biasa, Demi Cinta Lautan Api Sanggup Diredahi!

Sumber: Tiktok @CaptainGazzeAzri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×