Inspirasi

10 Kerabat Diraja Yang Kahwin Dengan Rakyat Biasa, Demi Cinta Lautan Api Sanggup Diredahi!

3
SHARES
kerabat diraja

Setiap kali menonton filem-filem berkonsepkan kisah cinta dengan putera raja atau puteri, terdetik juga di dalam hati untuk memiliki pasangan yang berasal dari kerabat diraja. Mungkin ia adalah angan-angan namun ‘fairy tale’ ini telah menjadi realiti buat mereka yang bertuah!

Siapa yang tidak mahu untuk hidup dalam kesenangan dan disanjungi ramai bukan? Namun, ada juga kisah-kisah yang ramai tidak tahu yang perlu dihadapi jika berkahwin dengan golongan kerabat. Berikut merupakan 10 pasangan kerabat diraja popular seluruh dunia yang telah berkahwin dengan rakyat biasa.

Baca juga: 6 Raja Permaisuri Jelita Yang Menjadi Penyeri Istana & Idola Rakyat, Ini Pilihan Netizen..

10 KERABAT DIRAJA YANG BERKAHWIN DENGAN RAKYAT BIASA, INILAH ‘FAIRY TALE’!

1.Princess Diana & King Charles

kerabat diraja

Foto: People

Perkahwinan King Charles dan Lady Diana Spencer yang merupakan guru tadika yang jelita telah berlangsung pada 29 Julai 1981 di Katedral St Paul di London. Ia merupakan peristiwa penting dan diraikan secara global yang menarik jutaan penonton dari seluruh dunia. Majlis perkahwinan itu merupakan majlis mewah dan mereka dikurniakan dua anak lelaki, Putera William dan Putera Harry. Banyak kontroversi perkahwinan ini yang membawa kepada perpisahan dan kematian tragis Princess Diana.

2.Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che Puan Khaleeda

kerabat diraja

Foto: @ymchepuankhaleeda

Menurut TMJ juga, Che Puan Khaleeda tidak mengetahui beliau kerabat diraja ketika mereka bertemu buat pertama kali. Che Puan Khaleeda turut memberitahu mereka bertemu melalui sebuah kejohanan polo di sekitar ibu negara. Che Puan Khaleeda dan Tunku Ismail selamat diijabkabul di Istana Bukit Serene pada 24 Oktober, 2014.

3.Sultan Selangor & Tengku Permaisuri Norasyikin

Foto: Sinar Harian

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selamat diijabkabulkan dengan pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) Norashikin Abdul Rahman, sekaligus menjadi isteri yang ketiga. Permaisuri Norashikin juga pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005 (ASA2005)

4. Putera Mateen & Dayang Anisha

Foto: @tmski

Putera Mateen merupakan anak ke-empat lelaki Sultan Hassanal Bolkiah dan anak ke-10 daripada adik-beradik. Manakala Dayang Anisha adalah cucu kepada penasihat khas Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pehin Dato Isa. Dilaporkan kedua pasangan sama padan ini telah lama berkenalan dan berpacaran selama beberapa tahun.

5.Puteri Mako, Jepun & Kei Komuro

Foto: AFP

kerabat diraja Jepun menjadi tumpuan dunia apabila anak saudara kepada Maharaja Jepun, Puteri Mako, 30, bakal melangsungkan perkahwinan dengan kekasih hatinya Kei Komuro, seorang rakyat biasa. Berkahwin dengan orang biasa membuatkan Puteri Mako terpaksa melepaskan tahkta diraja dan berpindah ke New York.

6.Puteri Beatrice England & Edoardo Mapelli

Foto: BBC

Puteri Beatrice, 35 secara teknikalnya bukanlah anggota kanan, bagaimanapun dia telah menjadi kerabat Diraja Britain selama bertahun-tahun. Anak perempuan Putera Andrew dan bekas isteri, Sarah Ferguson berkahwin dengan Edoardo Mapelli Mozzi, 39 pada 2020. Menurut Town & Country Magazine, Edoardo merupakan ketua pegawai eksekutif firma hartanah.

7.Putera William & Kate Middleton

Foto: Vanity Fair

Pertemuan pertama adalah pada tahun 2001, ketika itu Kate adalah seorang pelajar sejarah seni di Universiti St. Andrews di mana merupakan tempat mereka sama-sama belajar. Kate pernah bekerja dalam bidang pemasaran dan menjalankan kerja amal sebelum pertunangannya pada bulan November 2010. Baginda berdua berkahwin pada 29 April 2011 di Westminster Abbey. Pasangan diraja ini dikurniakan tiga cahaya mata, Putera George, Puteri Charlotte, dan Putera Louis sebagai pewarisan takhta British.

8.Putera Harry & Meghan Markle

Foto: InStyle

Perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle telah diadakan pada 19 Mei 2018 di Istana kota Windsor, United Kingdom. Pengantin lelaki, Putera Harry, ialah ahli kerabat diraja British; pengantin perempuan, Meghan Markle, ialah bekas pelakos Amerika. Megan Markle menjadi rakyat Amerika kedua dan orang pertama dengan warisan berbilang kaum untuk berkahwin dengan kerabat diraja British.

9.Raja Abdullah II & Ratu Rania Al-Abdullah

Foto: IDN Times

Permaisuri Rania Al-Abdullah merupakan Permaisuri Jordan dan isteri kepada Raja Abdullah II Al-Hashimi. Baginda menerima ijazah sarjana dalam perniagaan di American University di Kaherah. Pada tahun 1991, baginda dan keluarganya berpindah ke Amman, Jordan dan bertemu dengan Putera Abdullah ketika itu. Sebelum berkahwin, Ratu Rania bekerja dalam bidang pemasaran di sebuah syarikat.

10.Putera Rainier III & Grace Kelly 

Foto: Getty Image

Grace Kelly yang merupakan pelakon popular dan jelita Hollywood bertemu dengan suaminya, Putera Rainier III dari Monaco di Festival Cannes. Pertemuan pertama mereka adalah mencetuskan surat-menyurat yang kemudiannya mengakibatkan pertunangan mereka. Pertemuan pertama mereka adalah di set penggambaran “To Catch A Thief”, dan Grace dilaporkan terpaksa melepaskan kerjaya lakonannya dan kewarganegaraannya selepas berkahwin.

Baca juga: Kenali Wajah Putera & Puteri Kerabat Diraja Pahang, Pasti Ramai Nak Tahu!

Sumber: GLAM, Hotfm Audio

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×