Famili

Berjaya ‘Tawan’ Hati Puteri Raja, Ini Serba Sedikit Trivia Tentang FD Idzham FD Iskandar

33
SHARES
fd idzham fd iskandar

Semalam, berlangsungnya istiadat akad nikah Puteri Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya FD Idzham FD Iskandar di Istana Abdulaziz, Kuantan. Majlis yang disaksikan secara langsung oleh rakyat Pahang itu dilihat sangat indah dan privasi.

Apa yang lebih privasi adalah, ramai dalam kalangan rakyat jelata tertanya-tanya mengenai jejaka yang berjaya menambat hati puteri raja iaitu pengantin lelaki tersebut yang kini mendapat gelaran Datuk Fateh Idzham Fateh Iskandar. Berikut merupakan sedikit trivia mengenai beliau.

Baca juga: [FOTO] Sekitar Majlis Akad Nikah Tengku Puteri Afzan & FD Idzham, Sama Cantik Sama Padan!

SIAPA FD IDZHAM FD ISKANDAR YANG BERJAYA TAWAN HATI TENGKU PUTERI AFZAN?

fd idzham fd iskandar

FD Idzham merupakan usahawan muda yang dilahirkan dalam keluarga yang disegani dalam dunia perniagaan itu sendiri. Beliau merupakan anak kepada Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor dan Datin Seri Hafizah Zakaria.

Mungkin ramai yang pernah dengar nama bapanya iaitu Datuk Seri FD Iskandar yang merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat Glomac Berhad. Berikut merupakan sedikit latar belakangnya:

Nama penuh: Fateh Idzham bin Fateh Iskandar

Nama komersial: FD Idzham

Umur: 27 tahun

Tarikh lahir: 18 April 1997

Keluarga: Anak sulung daripada enam orang adik-beradik

Pendidikan: Kelulusan Imperial College London

Pekerjaan: Ahli Perniagaan

fd idzham fd iskandar

Buat yang tertanya-tanya, karier FD Idzham melibatkan sektor seperti hartanah dan runcit. Malah, beliau juga mempunyai pengalaman sebagai bekas Pegawai Bank Pelaburan di bahagian Khidmat Pelanggan di Maybank Investment Bank Berhad. Kini, Idzham memegang jawatan penting sebagai Ketua Kumpulan Pembangunan Perniagaan & Strategi Korporat di Glomac Berhad.

1.Bukan sahaja usahawan berjaya, beliau juga mempunyai minat dalam sukan dan aktiviti lasak.

Antara minatnya adalah seperti menunggang motosikal berkuasa besar dan sering kali melakukan pengembaraan berkonvoi.

2. Gemar menunggang kuda dan merupakan seorang penyelam penyelamat bertauliah.

3.Merupakan pemain sukan ragbi malah turut bermain untuk kelab ragbi terkenal, Saracens F.C. di London, England.

4.Kalau ada masa kelapangan, beliau juga aktif dalam aktiviti sukarelawan dan merupakan duta kepada Rumah Aman Children’s Home.

5.Pendidikan:

-Cempaka Schools Malaysia (2003-2009)
-Kolej Tuanku Ja’afar (KTJ) (2009-2011)
-Stanbridge Earls (2011-2013)
-St Lawrence College (2013- 2015)
-Collingham College (2015-2016)
-A-Levels Psikologi, Perniagaan, Fotografi & Politik
-Middlesex University (2016- 2019)
-Ijazah Sarjana Muda Sastera, Kewangan Perniagaan dengan Pemasaran
-Impersial College Business School (2019-2021)
-Sarjana Sains- Inovasi, Keusahawanan & Pengurusan

*Hebat orangnya! Yang penting sekali adalah keperibadiannya yang baik dan menghormati orang tua bukan sahaja menambat hati seorang puteri raja malah, menambat hati mentua diraja juga iaitu Sultan Abdullah dan Tunku Azizah. Selamat Pengantin Baharu dan semoga bahagia melayari bahtera perkahwinan.

Baca juga: Pernah Tular Dengan Jelingan Manja, Ini 5 Trivia YAM Tengku Puteri Afzan Aminah

Sumber: Linkedin FD Idzham, Facebook FD Idzham

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×