Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, 64 tahun, telah berkongsi berita gembira di Majlis Konvokesyen ke-40 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di mana baginda kini kembali bergelar seorang pelajar!
Baginda melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Sastera dalam Pemikiran dan Tamadun Islam di International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), UIAM.
Baca juga: Kenali Wajah Putera & Puteri Kerabat Diraja Pahang, Pasti Ramai Nak Tahu!
TENGKU AMPUAN PAHANG KEMBALI JADI PELAJAR, RAKYAT KOMEN ‘COMELNYA’!
Pengumuman yang dibuat pada 17 November lalu, disambut baik semua hadirin majlis konvokesyen dan rakyat jelata. Rata-ratanya merakamkan ucapan tahniah kepada Tunku Azizah kerana mempunyai semangat yang kental untuk menimba ilmu walapun berada di usia yang matang.
Selain mengumumkan berita baik pada majlis itu, Tunku Azizah turut tidak ketinggalan berkongsi di laman sosial TikToknya yang mempunyai ramai pengikut. Kelihatan baginda memuat naik foto memegang kad pintar yang tertera ISTAC, UIAM dengan catatan ‘Kembali ke sekolah, doakan saya’ di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen Tiktok itu juga, warga maya sempat berseloroh dengan baginda.
“Tuanku, selamat menjadi mahasiswa IIUM. Semoga patik dapat bersua muka dengan tuanku di mana-mana kulliyyah nanti. Aminn.”
“Siapalah roomate Tuanku ni, untungnya.”
“Untung siapa jadi group assignments. Boleh cerita dekat cucu “dulu nenek buat assignment dengan Sultanah”
Sekadar informasi untuk orang ramai, baginda dilantik semula sebagai Ketua Perlembagaan UIAM bagi tempoh lima tahun berkuatkuasa mulai 31 Januari lalu.
Pelantikan semula Tunku Azizah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (pada ketika itu). Ia merupakan penggal kedua baginda menjawat jawatan berkenaan selepas dilantik bagi penggal pertama pada 2019.
Bukan itu sahaja, terbaharu, Tunku Azizah juga dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) atas sumbangan dalam memperkasa serta memartabatkan seni warisan budaya pada peringkat antarabangsa.
Anugerah itu disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-100 di Dewan Agung Tuanku Canselor, kampus induk UiTM, Shah Alam, Selangor pada Rabu.
*Tahniah diucapkan kepada Tunku Azizah!
Baca juga: 6 Raja Permaisuri Jelita Yang Menjadi Penyeri Istana & Idola Rakyat, Ini Pilihan Netizen..
Sumber: Tiktok @tengkuampuanpahang